Terlalu banyak persoalan semasa berkaitan politik. Ada kata umno
nak beri sokongan kpd PH tapi syaratnya mesti TANPA DAP, ada lagi sentuh DAP
tidak dapat terima umno tapi buleh terima Muhyiddin Yassin asalkan tolak Azmin
& Hamzah, ada berkata Amanah buleh lagi terima Muhyiddin tapi TANPA PAS.
Kemudian akhirnya di katakan Pas tidak buleh terima Anwar...tak buleh terima
Amanah...tak buleh DAP tapi Mahathir OK!
Macam2 hal politik... pusing sana sini tapi kalian lupa kpd
beberapa perkara.
Sebenarnya apa yg berlaku pd kem Bersatu ialah mereka sendiri
telah berpecah kpd 2 bahagian iaitu kem Muhyiddin & Azmin. Azmin tahu
masalah kesihatan Muhyiddin, dan dirinya pandai menempel ambil peluang di mana
agendanya ialah utk ambil alih jawatan Perdana Menteri dari tangan Muhyiddin.
Itu adalah agenda utama Azmin. Hamzah pula org yg bekerja di beri kepercayaan
oleh Muhyiddin.
Grand master itu kami tidak perlu sebut, kita bincang di posisi
lain.
Masalah umno pula, mereka punyai 2 agenda. Agenda utama ialah
utk melepaskan diri mereka dari kes pendakwaan di mahkamah & ingin menjadi
penentu utama pentadbiran, bukan Muhyiddin & bukan juga PPBM. Pada masa
sama dalam umno ini telah berpecah kepada 3 puak. Pertama puak yg sokong
Muhyiddin sprt Anuar Musa dan beberapa lagi. Puak kedua yang cuba menyokong sdra
Anwar & PH. Puak ke 3 ialah yg mahu kekal hanya bersama Pas sahaja &
bukan kpd Bersatu. Ketiga-tiga puak ini punyai satu suara iaitu amat cukup anti
& benci kpd Azmin dalam parti Bersatu.
(Mandat PRU14)
Jika kalian lihat, PH sebelum ini telah membentuk kerajaan
dengan 139 kerusi menerusi komposisi empat parti komponen dengan sokongan Parti
Warisan Sabah (WARISAN) serta UPKO pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei 2018.
Akhirnya langkah tebuk atap berlaku menyebabkan PH hanya kekurangan kurang 2
kerusi berbanding PN.
Jika tolak Warisan & kumpulan lain, PH memegang 92 kerusi
original kukuh! Untuk PH kembali sekali lg, kita memerlukan lebihan majoriti
jika tidak dapat 139 kerusi seperti dahulu, setidaknya majoriti kukuh hampir
kpd 125 - 130.
Jadi mahu atau tidak, apa yg perlu PH buat sekarang ialah
perkuatkan terlebih dahulu gabungan 3 parti iaitu Amanah, Keadilan, DAP !!! Ini
adalah asas yg kita ada, kemudian Warisan juga sokongan individu dr pelbagai
parti lain.
Parti Pejuang itu kami tidak mahu sentuh kerna mereka sendiri
nyatakan mereka tidak menyokong PH mahupun PN.
(Gagal & Konflik Politik Berterusan)
Ok, dalam masalah yg sedang melanda PN-BN-MN-PIG'S ini... kesan
berantaian ini akan pergi kepada... siapa yg wajib pegang kerajaan, belenggu
covid & kelemahan serta gagal mengawal ekonomi hingga terbentuk rantaian
bersifat negatif. Ini adalah mengapa tebuk atap kini bersengketa sesama
sendiri.
Jadi PH di mana keberadaannya ?
Hal isu SD Anwar, undi bajet & undi tidak percaya (VoNC) itu
kalian dh bincang banyak kali dalam penulisan masing-masing dan faham arahnya
kemana.
Kini apa yg PH PERLU buat ialah bersatu padu dalam satu jenama.
Walaupun setiap dari 3 parti komponen ini ada ngok ngek sana sini... mahu atau
tidak kalian dalam PH ini perlu bersatu di meja rundingan. Pedulikan mana-mana
bunyi langau tersebut.
Kalian dh tahu PN, BN, MN & PIG's yg tercicir di landa
sengketa bermasalah, apa yg penting untuk PH ialah ambil mandat PRU14 kembali.
Tak kira lah Najib nak bagi sokongan ka...Zahid Hamidi bg sokongan ka... atau
mana-mana lagi MP yg beri sokongan
. Jika mereka beri sokongan kpd Anwar dalam desas desus yg
kalian dengar kini, Amanah & DAP dalam setiakawan tetap kembali memerintah
bersama. Hatta jika Warisan bekerjasama menerusi PH+ sekali pun, tetap kalian
akan dapat ambil kembali mandat tersebut!
Muhyiddin terutama PN sbg parti pemerintah kini tahu mereka
GAGAL uruskan pandemik Covid19 & GAGAL mengurus memulihkan ekonomi. Saat
masalah melanda & masih bertahan, mereka faham hanya satu saja jalan
terakhir iaitu PRU15. Dilema pandemik covid & kelemahan ekonomi ini
menjadikan semua langkah PRU awal & Darurat kelihatan GAGAL.
Dalam situasi genting & terdesak kini, mahu atau tidak
mereka bertumpu melihat kpd wajah sdra Anwar mampu menguruskan & lakukan
apa yg pentadbiran mereka gagal lakukan. Dan kata-kata ini juga datangnya dari
beberapa kalangan antara mereka sendiri yg berantakan.
YA... kami tahu kalian terbayang wajah Mahathir yg dok tekan
butang alih pintu gol pabila Anwar berada di depan.
Hat Najib kata tadi, jika nak sokong Anwar & PH mesti
bersyarat iaitu kununnya nak "bahagian ekonomi". Pendek kata,
kementerian kewangan & MITI. Itu kata2 Najib saja, dalam masa sama Najib
sendiri tahu telah ada agenda tertentu yg di hidupkan kembali utk batalkan
pendaftaran parti umno. Itu tidak lg termasuk beberapa hal sensitif yg lain.
Siapa lg kalau bukan hat yg picit butang tadi.
Perlu di maklumkan kpd kalian, sekiranya mandat itu kembali dan
berjaya suatu masa kelak, PH sendiri mesti memegang Rule of Law dan RESET semua
dalam mulakan pembaharuan semula. Kita maklum mengapa progress 22 bulan PH
memerintah dahulu jadi lembab semacam, itu tidak perlu di terangkan lg dan
kalian telah maklum.
Bila sebut Reformasi... ada satgi yg dok persenda kata2 pasai
terkait kpd Anwar. Nak tukar mentaliti Melayu berpolitik ini susah, apapun
buleh juga panggil "Pembaharuan Total".
Rakan kami sendiri pernah tanya, andai suatu masa kelak di
buatnya sdra Anwar tidak lg berminat nak ambil jawatan PM... apa kami nak buat?
GM jawab dalam nada gurauan... walaupun Anwar menolak kelak,
gunalah apa saja pisau atau pistol di lehernya utk paksa dia terima.
Kebolehupayaan Malaysia utk pergi lebih jauh, maju dan masa
hadapan berada di atas tangannya. Jika sdra Mat Maslan itu fikirannya jitu sprt
Anwar, itu yg akan di pilih. Jika corak dan cara pemikiran Anwar itu berada di
dalam badan pengayuh beca...itu yg akan di angkat.
Tapi kalau org sprt adun di Melaka yg melaung Pigs dalam dewan
atau hari ini sekoq menteri sijil palsu yg salahkan rakyat setelah covid
merebak & ekonomi merudum semasa dalam pentadbirannya sendiri... itu elok
di kirimkan ke tengah laut.
Kami sendiri pernah menulis, hanya 2 individu mampu melakukan
progresi luar biasa. Pertama Mahathir & kedua Anwar. Mahathir bukan tidak
mampu utk lakukannya, tapi giliran peluangnya dah tamat. Bila PH tawarkan
peluang dahulu, dia buat balik perangai lama. Catur sana sini hingga lehernya
terbelit sendiri.
Kami tidak benci akan dirinya, ada perkara yg dia lakukan
Malaysia dapat manfaatnya. Yang baik buleh kita pelajari, tapi perangai dan
dendam hitam itu usahlah di contohi. Maka giliran yg mampu bawa perubahan
seterusnya adalah Anwar!
Nanti... sabar... usah pula kata kami fanatik pd Anwar.
Pandangan kami lebih terarah kpd kemampuan pembangunan ekonomi
& perhubungan antarabangsa. Negara ini perlu dapatkan manfaat darinya. Dia
masih belum di beri peluang, apa yg ada hanyalah andaian... fitnah dan
pembunuhan karektor yg di monopoli oleh sesebuah pihak yg membenamkan lawan
politik.
Sdra Anwar perlu sediakan roadmap setelah isu besar sprt masalah
pandemik, ekonomi, sosial, masalah rakyat di atasi. Jika tidak 100%,
sekurangnya 50%-60%. Tambah lg dalam saat ini Malaysia perlukan saluran dan
sokongan dr negara luar.
Malaysia tidak mampu utk bangun megah setelah Kleptokrasi (Salah
guna kuasa, penipuan, penyelewengan harta dan wang kerajaan, pengubahan wang
haram, jenayah dll) menjarah sehabis lumatnya. Jadi, ya Malaysia perlukan Anwar
ambil alih dan membetulkan semua masalah yg di tinggalkan.
Benar... ia bukan mudah sepertimana menulis di sini. Kelak
peluang itu tiba, kami kan cuba membantu sehabis baik perjalanan tersebut.
Tidak minta sebarang balasan atau kepentingan, negara dan ekonomi berkembang...
semua buleh dapat nikmat.
Selagi mana birokrasi di rendahkan, rasuah di cincang lumat dan
3 institusi (Judiciary, Exexutive & Legislative) ini di perbaiki... kami
mampu mencari rezeki atas kaki kami sendiri. Kelak adalah nukilan buah durian
dan rambutan di sini.
Maaf, agak panjang kalian membaca di sini.
Yang berkarya:
Gino Marvela aka Gin Marvel.