Siapa pernah dengar Anwar kata mahu dapatkan sokongan Najib atau
Zahid? Takde kan? Tiba2 Najib menyatakan di antara tiga option yg beliau
cadangkan kpd Umno, salah satunya adalah menyokong Anwar Ibrahim sebagai PM.
Kalau Anwar tidak pernah minta bantuan dari Najib, tetapi Najib
perlukan Anwar untuk menjatuhkan Muhyiddin yg terlalu byk membuli Umno, apakah
wajar kita salahkan Anwar?
Kenapa Tony Phua dan Hassan Karim cepat sangat melatah? Apakah
kamu fikir Najib sokong Anwar kerana Najib mahu jadi PM semula? Atau, kamu
fikir Anwar amat berterima kasih kpd Najib dan akan melantik Najib jadi TPM?
Jika itu yang kamu takut, ertinya kamu masih belum kenal Anwar
sepenuhnya dan lebih baik bertemu dengan Anwar dan minta penjelasan darinya
daripada kamu bising di luar. Kalau Anwar ini boleh menjual prinsip dengan
mudah, telah lama beliau jadi PM. Sebab itu beliau tidak menyembah Mahathir
setelah Mahathir khianat seperti beberapa pimpinan lain buat.
WFAUZDIN NS