*Blogger sekolahkan ulama Pas, Mokhtar Senik*
Oleh WFAUZDIN NS
8, Januari, 2022
Sebelum saya menjawab hujah Mokhtar anak Senik, saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidil fitri, maaf zahir batin.
Saya merujuk kepada status dan penulisan yang digelar Ketua Dewan Ulamak dari parti lebai. Saya salin semula apa yang lebai ini sebut, kemudian saya akan menjawabnya.
Mokhtar anak Senik berkata;
*1. Mokhtar anak Senik: Jangan mencari kemenangan melalui fitnah seperti kemenangan PH dlm pru 14 yang lalu. Kerana kemenangan yang diraih melalui jalan yang hina akhinya akan kecundang penuh hina pula.*
Saya jawab:
Sepanjang kempen PH sebelum PRU14 yang lalu kami banyak dedahkan tentang rompakan wang rakyat melalui skandal 1MDB. Adakah ini cerita fitnah?
Bukankah wang rompakan ini sedikit demi sedikit telah dikembalikan kepada kerajaan oleh DOJ? Duit apa yang DOJ itu kembalikan kalau bukan wang rakyat Malaysia?
Bodoh sangatkah Amerika mahu pulangkan duit kalau MO1 dan Jho Low tidak merompaknya?
Boleh Mokhtar anak Senik beritahu duit apa yang DOJ pulangkan itu?
PH tidak menfitnah, sebab itu sebaik saja kita menjadi kerajaan kita telah menyeret mereka yang terlibat ke mahkamah dan kini sedang dibicarakan.
Fitnahkah PH bila kita dedahkan skandal Tabung Haji dan penyelewengan felda. Kita tidak cakap kosong, kita dakwa mereka yang terlibat seperti Azeez Rahim dan Isa Samad. Zahid Hamidi pun kita bawa ke mahkamah.*
Sebaliknya, lebai yang banyak buat fitnah terhadap kerajaan PH. Mereka tuduh Dap jual aset Tabung Haji.
PH jual aset khazanah dan macam-macam lagi, tetapi bila parti lebai ini berada dalam kerajaan pintu belakang sekarang, tiada seorang pun menteri dari PH yang telah didakwa. Cakap saja berdegar-degar.
Waktu kerajaan PH dulu, sepantas kilat kita heret mereka yang menyeleweng ke mahkamah. Di era kerajaan pintu belakang, mereka sekadar sembang dan buat fitnah sahaja.
Mokhtar anak Senik kata, kerajaan PH jatuh dengan hina. Kesihan, orang yang dikatakan ulamak ini tidak boleh bezakan mana satu lebih hina, kerajaan yang mendapat rakyat atau kerajaan yang terdiri hasil dari pengkhianatan.
Adakah kerajaan negeri Perak di bawah Pas di era MB Nizar yang dijatuhkan pada tahun 2009 dulu hasil pengkhianatan, boleh dianggap kerajaan Pas jatuh dengan hina?
Kerajaan Pas Terengganu pernah jatuh pada tahun 1961, adakah jatuhnya hina?
Paling hina adalah ulamak yang bersekongkol dengan pengkhianat demi kerana jawatan dunia.
Mereka sanggup jual agama kerana kepentingan perut masing-masing.
*2. Mokhtar anak Senik: Selepas memperolehi kemenangan jgn sombong seperti PH. Jgn lupa diri seperti mereka. Sehingga keangkuhan dan kesombongan itu tidak terlindung lagi krluar dari mulut mereka saban hari. Allah tidak suka org yang sombong. Kesombongan adalah pakaian Allah.*
Saya jawab:
Mengapa Mokhtar anak Senik tidak beri satu contoh kesombongan kerajaan PH?
Apakah sombong kerajaan PH bila kita tidak melantik semua ahli politik pegang jawatan di dalam GLC seperti yang kerajaan pintu belakang lakukan sekarang?
Sombongkah kita bila kita jadikan media kerajaan yang bebas sehingga muktamar Pas dan Perhimpunan Agung Umno pun media kerajaan waktu itu beri liputan meluas?
Sombongkah kerajaan PH apabila hanyak melantik sekitar 50 jawatan menteri berbanding 70 jawatan politik, tidak termasuk duta khas bertaraf menteri di bawah kerajaan pintu belakang sekarang?
Sombongkah kerajaan PH apabila kita melantik Pengerusi PAC itu dari kalangan Pembangkang waktu itu yang tidak pernah berlaku di era kerajaan Umno/Bn. Bahkan, kerajaan pintu belakang sekarang pun tidak melantik Pembangkang sebagai Pengerusi PAC.
Di mana sombongnya? Siapa yang sombong sebenarnya?
*3. Mokhtar anak Senik: Jangan cenderung kepada keinginan kehendak orang-orang kafir hingga membelakangkan agama seperti PH. Jangan kerana nak jaga hati DAP, mereka sangup pula membiarkan Islam di ganyang oleh musuh-musuh Allah. Ingat.. Orang yang tidak menjaga agama Allah, maka Allah tidak akan memberi pertolongan kepadanya.*
Saya jawab:
Seperti biasa, lebai memang fobia dengan Dap, tetapi tidak dengan MCA. Lebai ini tuduh kerajaan PH ini ikut telunjuk Dap, tetapi satu buktikan lebai ini gagal kemukakan.
Adakah kerajaan PH menolak ICERD itu adalah kerana ikut telunjuk Dap?
Adakah kerajaan PH memberi tambahan peruntukan kepada perkembangan Islam seperti peruntukan kepada sekolah-sekolah agama dan pondok itu adalah kerana ikut arahan Dap?
Meningkatkan elaun guru KAFA dan bercadang untuk menjadikan guru KAFA sebagai guru tetap, adakah itu mengikut telunjuk Dap?
Menghapuskan kuota dan keistimewaan kepada menteri-menteri untuk menunaikan haji agar beri peluang kepada rakyat biasa mengikut giliran, adakah itu kehendak Dap juga?
Kerajaan PH memberikan royalti minyak kepada negeri lebai Kelantan dan Terengganu yang dinafikan oleh kerajaan Umno/Bn dahulu, adakah itu mengikut telunjuk Dap?
Kerajaan PH bertegas tidak memulangkan pendakwah Zakir Naik ke negara asalnya India, adakah itu membuktikan kerajaan PH ikut arahan Dap?
Sayang sekali, ramai ulamak lebai ini yang membutakan mata mereka. Apabila MCA bercakap, lebai ini terkedu kerana MCA itu pasangan *kelamin’nya.*
*4. Mokhtar anak Senik: Jangan abaikan rakyat seperti yang telah dilakukan oleh PH. Kebajikan rakyat adalah keutamaan. Jangan zalimi rakyat sendiri, kerana doa orang-orang yang dizalimi itu adalah doa-doa yang tidak dihijab oleh Allah. Sekali rakyat yang dizalimi menadah tangan kepada Allah, maka sekuat mana pun sebuah kerajaan itu pasti akan runtuh.*
Saya jawab:
Kezaliman? Sekali lagi lebai Al Maunah ini kemukakan satu saja bukti kezaliman kerajaan PH. Adakah dengan tindakan kerajaan mengadakan skim KWSP kepada suri rumah yang tidak bekerja itu satu kezaliman?
Skim MySalam, Peka40, untuk bekas tentera yang layak terima PJM juga dapat “one off” dan kerajaan PH bercadang untuk berikan elaun tetap kepada mereka, dab banyak lagi dasar yang diumumkan untuk kepentingan rakyat yang sengaja lebai butakan mata atau memang lebai tidak tahu.
Dasar subsidi minyak petrol yang mengikut harga pasaran dunia tetapi dihadkan agar tidak terlalu tinggi yang jauh murah berbanding di era kerajaan Umno/Bn sebelum itu, adakah itu satu kezaliman?
Bahkan, dengan dasar itulah sekarang ini rakyat dapat harga minyak yang murah akibat kejatuhan harga minyak dunia.
Mana dasar subsidi minyak kerajaan pintu belakang sekarang? Tiada kan? Tiada lagi protokol keterlaluan dan hadiah untuk menteri di dalam mana-mana program jabatan atau kenenterian, kecuali menteri boleh terima cenderahati seperti buah-buah atau cenderahati yang tidak bernilai tinggi, adakah itu satu kezaliman?
Guru-guru dilarang membuat tugas tambahan yang membebankan seperti membuat tugas kerani, adakah itu satu kezaliman?
Tunjuk lah apa yang lebai maksudkan dengan kezaliman itu. Jangan guna air liur sahaja.
*5. Mokhtar anak Senik: Jangan khianati Institusi Raja-raja sebagai ulil amri, bangsa dan negara sendiri seperti yang telah dilakukan oleh PH. Kerana tonggak kekuatan ummat ini diperkukuhkan oleh ketiga-tiga eliment tersebut.*
Saya jawab:
Lebai Mokhtar anak Senik terus berhujah tanpa fakta. Sebutlah kes mana satu kerajaan PH khianati raja-raja. Adakah kerajaan PH pernah berguling depan istana seperti yang puak-puak lebai pernah lakukan sewaktu kerajaan negeri Perak bawah Nizar jatuh dahulu?
Siapa yang menderhaka kepada raja-raja melayu sehingga tercetusnya peristiwa pembunuhan di Memali dulu? Siapa yang menabalkan sultan di bawah pokok dahulu? Bukankah mereka ini berada di dalam kerajaan pintu belakang bersama parti lebai sekarang?
Yang angkat banner di depan istana Terengganu dulu tertulis ” Kami mahu Deris, Natang” , siapa orangnya? Buankah puak itu juga berada dalam kerajaan pintu belakang bersama lebai sekarang?
*6. Mohtar anak Senik: Jangan berjanji itu dan ini kepada rakyat sedangkan sudah tahu tidak mampu melaksanakannya seperti yang telah dijanjikan oleh PH dlm manifesto mereka. Sengaja membohongi rakyat adalah jenayah moral yang sangat jijik. Akhirnya menimbulkan kemarahan rakyat.*
Saya jawab:
PH tidak pernah menarik balik janji-janji di dalam manifestonya. Apa yang dapat ditunaikan segera, seperti pemansuhan GST kita telah tunaikan. Banyak lagi yang kita telah janjikan telah kita tunaikan, cuma ada beberapa janji yang terpaksa ditangguhkan kerana kekangan kewangan di mana kerajaan PH perlu utamakan yang lebih penting lagi.
Ada janji yang tidak dapat dipenuhi sepenuhnya tetapi diusahakan secara berperingkat-peringkat seperti penghapusan tol, kita usahakan dahulu dengan mengurangkan kadar tol di samping menghapuskan beberapa tol untuk permulaan.
Hutang PTPTPN juga kita belum dapat dilaksanakan janji sepenuhnya, namun ada usaha untuk melonggarkan sedikit bebanan peminjam.
Di era kerajaan Umno/Bn peminjam yang gagal bayar pinjaman mereka di senarai hitamkan dari ke luar negara.
Kerajaan PH hapuskan peraturan ini. Kerajaan PH yakin manifesto yang gagal dilaksanakan sepenuhnya itu akan dapat dilaksanakan sebelum habis penggal.
Pemberian royalti yang memberi manafaat kepada kerajaan negeri Kelantan Dan Terengganu adalah di antara janji-janji kita di dalam manifesto dan kita berjaya tunaikan. Yang ini lebai tak nampak.
Adakah semua manifesto kerajaan lebai di Kelantan dan Terengganu telah tertunai? Jangan cuba sorokkan janji-janji kamu tetapi mencari silap orang lain. Kerajaan itu boleh dianggap tidak tunaikan janji apabila mereka gagal laksanakan setelah sepenggal mereka menjadi kerajaan. Tidak masuk akal untuk menuduh kerajaan PH gagal tunaikan janji hanya menilai tempuh tidak sampai dua tahun.
Kerajaan Pas di Kelantan sudah banyak penggal menjadi kerajaan dan bermacam-macam janji diberikan kepada rakyat.
Usahkan Hudud, masalah air paip yang seperti teh tarik itu pun masih gagal diatasi walaupun negeri itu tiada Dap.
Jelas di sini, kejatuhan kerajaan PH bukan kerana rakyat tolak akibat apa yang lebai Mokhtar anak Senik sebut di atas. Rakyat tolak hanya melalui Pilihanraya seperti rakyat tolak Umno/Bn dan Pas pada PRU14 yang lalu. Pengkhianat yang belot kepada parti dan mandat rakyat, sepatutnya malu untuk berkata inilah kerajaan yang rakyat kehendaki.
Kalau satu ketika nanti pemimpin kita khianat kepada negara ini dan menjualnya kepada negara asing sehingga negara ini diperintah oleh negara asing, jangan pula waktu itu kita masih bercakap rakyat memberi mandat kepada kuasa asing untuk memerintah negara ini.
Jangan jual maruah rakyat semurah itu. Jika lebai mahu menjadi pelacur politik, silakan, tetapi jangan babitkan rakyat.