DOK NAMPAK PUN MACAM TU JUGA....ASAL DAPAT JA JAWATAN..LA NI KALAU BUAT APA PUN MENTERI PAS AKAN SOKONG JA..PUNYA KEMARUK ...ADOIII..

 


Panas! Pemimpin Umno kata kerjasama MN gagal kerana Pas gila kuasa dan jawatan


Panas! Pemimpin Umno kata kerjasama MN gagal kerana Pas gila kuasa dan jawatan



Sikap Pas yang tidak pernah ikhlas dalam membentuk kerjasama dengan parti lain membuatkan pakatan yang dibina sering tersasar.

Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, Pas mempunyai banyak sejarah buruk dalam menjalinkan kerjasama politik dengan parti lain.

Beliau berkata, mangsa pertama parti Islam itu ialah Semangat 46 yang ditubuhkan pada awal 90-an bagi menentang UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Selepas berjaya menubuhkan kerajaan bersama Semangat 46 di Kelantan di bawah Angkatan Perpaduan Ummah, Pas semakin lama semakin besar kepala.

“Pakatan itu hanya mampu kekal sepenggal sahaja apabila Pas didakwa terlalu mahu mendominasi politik dan pentadbiran di Kelantan sehingga mengetepikan Semangat 46.

“Pas selalu mahu jadi ‘abang besar’ dalam kerjasama politik dan mereka tak pernah ikhlas pun. Sebab itu semua pakatan yang dibuat bersama mereka tak kekal lagi,” katanya.

Ujar Ketua UMNO Bahagian Pulai itu, cita-cita Pas untuk berkuasa di peringkat Pusat membuatkan mereka mencari lagi pakatan baharu sebelum tertubuhnya Barisan Alternatif (BA) pada tahun 1999, selain Pakatan Rakyat (2008) yang turut melibatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Menurut Nur Jazlan, biarpun bersama dua parti yang dominan dalam PR, Pas masih mahu menunjukkan kuasanya dan ingin menjadi ‘king maker’ dalam kedua-dua pakatan politik itu.

“Lama-kelamaan, PKR dan DAP mula bosan dengan perangai Pas yang dilihat mahu mengetuai BA dan PR hingga pakatan itu juga berkubur pada tahun 2015.

“Pas memang suka mengambil kesempatan atas semua kerjasama atau pakatan politik yang disertai mereka.

“Ini kerana matlamat utama mereka bukanlah sebagai membela rakyat tapi lebih kepada gilakan kuasa dan jawatan.

“Natijahnya semua pakatan itu gagal namun Pas tetap menuding jari kepada orang lain atas kegagalan itu,” ujar beliau.

Nur Jazlan berkata, skrip sama juga berlaku dalam Muafakat Nasional (MN) apabila Pas cukup licik bermain politik selepas berjaya mendapat habuan jawatan dalam Perikatan Nasional (PN).

Katanya, Pas mula mengetepikan UMNO dan lebih memberi muka kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semata-mata kerana ingin kekal berkuasa.

“Jadi tak hairanlah MN pun gagal dilaksanakan seperti yang dibincangkan bersama selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Pas apabila dapat kuasa dan jawatan dengan Bersatu serta PN, mereka mula jadi angkuh dan sombong. Mudah lupa diri.

“Sebab itulah MN ini gagal dan Pas pula salahkan UMNO kononnya menolak agenda perpaduan ummah.

“Saya tak hairan dengan kecurangan pemimpin Pas bertopengkan agama ini yang terbukti berakhir dengan perceraian pakatan politik selama berpuluh tahun ini,” katanya.


No comments: