KEDUDUKAN POLITIK DI 6 BUAH NEGERI DALAM PRN2023

 KEDUDUKAN POLITIK DI 6 BUAH NEGERI DLM PRN2023


Kerajaan pusat telah dibentuk atas nama Kerajaan Perpaduan (KP)   

atas restui YDPA dan Majlis Raja-Raja.


YAB Ds Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai PMX dimana Barisan Kerajaan baru  mempunyai 148 kerusi (2/3 majoriti) cukup stabil. Komponen KP terdiri daripada komponen berikut:


PH:.   82 kerusi parlimen

BN:.    30 kerusi parlimen

GPS:.  23 kerusi parlimen

GRS:.     6 kerusi

WRSN:.  3 kerusi

KDM:.     1 kerusi

PBM:.     1 kerusi

BEBAS:.  2 kerusi


Manakala Barisan Pembangkang (pas/pn) sebanyak

74 kerusi " Doh cukop jumlohh" iaitu:

PN:     52 kerusi parlimen

PAS:.   22 kerusi parlimen


Pada masa ini parti-parti yang menguasai kerajaan negeri seperti

di bawah:-


Sabah: KM dari GRS

Srwk: Premier dari GPS

Johor: MB dari UMNO

Melaka: KM dari UMNO

N9: MB dari PH (PKR)

Sel: MB dari PH (PKR)

Phg: MB dari UMNO

Perak: MB dari UMNO

P.P: KM dari PH (DAP)

** Kerajaan Perpaduan


Kel: MB dari PAS

Ked: MB dari PAS

Perlis: MB dari PAS

Trengganu: MB dari PAS


Saya telah membuat tinjauan politik menghubungi semua kumpulan dari pelbagai golongan termasuk para akademik/penganalisa politik/pegawai2/pesara2/dll. Semua yang  saya bincang terutamanya soal-soal politik sama ada secara bersemuka atau "by phone"  bahawa majoritinya bersetuju  sebaik- baik Kerajaan Negeri biarlah sehaluan 

dengan Kerajaan Persekutuan yang dipimpin oleh YAB DS Anwar (PMX)


Berikut kedudukan kerusi DUN di 6 buah negeri iaitu: 


1) P.Pinang mempunyai 40 dun. Untuk bentuk kerajaan paling kurang menang 21 kerusi dun

- Keputusan pru14: PH  menang 37 kerusi, BN menang 2 kerusi, Gagasan sejahtera 1 kerusi


2) Kedah mempunyai 36 dun. Untuk bentuk kerajaan paling kurang menang 19  kerusi dun

Kedudukan pru14: PAS menang 15  kerusi dun,

PPBM menang 5 kerusi tetapi telah menyokong  PAS . BN  menang 3 kerusi juga telah menyokong PAS"

Sanusi dilantik MB Kedah hasil sokong pengkhianat iaitu PPBM dan geng2 pro pengkhianat yang dibeli.

Manakala PH menang 13 kerusi dun sebagai pembangkang di Kedah


3) Kelantan mempunyai 45 dun. Untuk bentuk kerajaan paling kurang menang 23 kerusi.

Keputusan pru14

PAS menang 37 kerusi dun dan  BN menang 8 kerusi dun


4) Negeri Sembilan mempunyai 36 dun. Untuk bentuk kerajaan paling kurang menang 19

kerusi dun

- Keputusan pru14:

PH menang 20 kerusi dun dan BN menang 16 kerusi dun.


5) Selangor  mempunyai 56 dun. Untuk bentuk kerajaan paling kurang menang 29 kerusi dun.

Keputusan pru14:

PH (PKR) 28 kerusi

PH (DAP) 14 kerusi

PH (AMNH) 5 kerusi

PPBM: 4 kerusi

BN: 4 kerusi

PAS: 1 kerusi

- PH bentuk kerajaan  dengan 47 kerusi dun.

Barisan pembangkang sebanyak 9 kerusi sekarang tolak BN 4 kerusi tinggal 5 kerusi  sebagai Barisan Pembangkang -


6) Terengganu mempunyai 32 dun. Untuk bentuk kerajaan paling kurang menang 17 kerusi dun.

- Keputusan pru14:

PAS menang 22 kerusi

dan BN menang 10 kerusi


Berdasarkan temubual yang dibuat oleh saya dan juga maklumat yang boleh dipercayai memberitahu saya bahawa komponen KP akan menang bergaya di Selangor/N9/Pulau Pinang.


Dakwaan PAS/PN mahu menawan Selangor/N9 dalam prn2023 hanya mimpi di siang hari kononnya berdasarkan kemenangan kerusi parlimen  pru15 , dakwa pas/pn akan diterjemah dalam prn2023?. Insya Allah cita-cita pas/pn  tidak  akan kesampaian.

Untuk makluman dalam Pru14 pas hanya menang 1 kerusi manakala ppbm 4 kerusi.

Yakinlah bahawa

gabungan dan kerjasama erat antara PH dengan BN dalam prn2023 akan memberi kekuatan baru kepada KP di Selangor.


Jangan terkejut di Kedah dan Terengganu, KP akan membentuk kerajaan baru yang sehaluan dengan Pusat.Insya Allah jika Kedah dan Terengganu menang maka UMNO diberi peluang menjadi MB baru kecuali PH menang kerusi lebih dari BN di Kedah  tidak mustahil MB dari PH.


Di Terengganu saya difahamkan BN/PH dijangka menang antara 18 kerusi hingga 22 kerusi. Gelombang perubahan  rakyat mahukan sebuah kerajaan baru sehaluan dengan kerajaan pusat memudahkan program dan pembangunan untuk rakyat mula diperkatakan  oleh orang Terengganu. Masing-masing mencadangkan agar  PH guna logo BN di semua dun yang bertanding di Terengganu.

Jika PN boleh menggunakan logo PAS maka tiada masalah bagi PH guna logo BN di Terengganu dalam prn2023. Sejarah pru di Terengganu pas tidak pernah memerintah lebih dua penggal.

" Jangan lupa 1999 pas menang 28 kerusi dun dan BN menang 4 kerusi dun". Tetapi dalam pru 2004 BN menang 28 dan pas menang 4 dun sahaja. Oleh itu pas jangan takabur sangat.


Kehebatan PMX telah mendapat kepujian rakyat Terengganu. Walau bagaimanapun penyokong tegar pas tetap menyerang pmx. Wallaun akan berperanan bersama para toklebai dan ustaz terus berkempen menjual agama dan kononnya pas/pn  menentang kerajaan islam liberal yang dipimpin oleh Anwar.


Di Kelantan difahamkan PAS akan kekal 

memerintah  dalam prn2023. Tidak mustahil BN/PH akan menjadi pembangkang yang kuat di Kelantan. 

Harapan saya semoga semua pimpinan KP turun padang dalam majlis ceramah anjuran sekretariat  KP di Kedah/Kelantan/Terengganu.

Kehadiran PMX bersama TPM dan para menteri akan memberi kekuatan sokongan kepada KP kerana

Rakyat ingin membuat perubahan dalam prn2023. " Tunggu dan Lihat rakyat menanti Gelombang Anwar".


Satu perkara rayuan  saya ialah  peranan Menteri Komunikasi & Digital, Menteri Agama tolong memberi perhatian kepada media sosial/RTM pergiatkan kempen membantu KP. Tolong pantau akhbar sama ada Utusan Malaysia/Berita Harian dan Sinar Harian kerana dilihat  seakan-akan condong kepada pas/pn.


Tolong kawal titok  tajaan pas/pn yang menyerang 3R.

Menteri Agama tolong membantu PMX  dalam menjayakan hal-hal islam termasuk KONSEP MADANI.


Di Terengganu khasnya saya  berharap MPN dan SUN Terengganu tolong gerakkan peranan Ketua Penerangan dan Pengarah Komunikasi supaya jangan peluk tubuh dan tolong pro aktif untuk membantu YB  Nik Nazmi dalam persiapan PRN2023. MPN jangan goyang kaki tapi hendaklah  bergerak dari sekarang jangan belilit kenting dengan pucuk pimpinan. Tumpukan tugas yang diamanah demi perkasakan pkr Terengganu.


 Sekian


TK

OLEH: AWI PKR TRG


No comments: