PESANAN IKLAS DARI WARGA- JANGAN LUPA BAWA AIR UNTUK BASUH MANDI, SOLAT,BASUH BERAK DAN KENCING. AYAQ TAK DAK...

 


DS Anwar umumkan tol percuma, cuti ekstra dan harga simen turun, pun walaun koyak. Apa masalah dengan walaun ni?


Kata tol percuma tu dah biasa. Kalau dah biasa pun, tetap kena umum juga. Dan bila dah umum, yang tak sokong pun akan dapat juga.


Biarlah rasional. Kita benci pemimpin kerana sikap yang salah. Mencuri, merompak harta negara dan duit rakyat. Bukan benci saja-saja.


Kalau pemimpin umum sesuatu yang untungkan  rakyat, tak suka dia pun, terimalah juga dengan rasa bersyukur. Bukan menghina.


Jangan jadi orang yang kufur nikmat. Bukan suruh walaun cium kaki DS Anwar bila dapat tol percuma. Tak perlu. Nak teruskan membenci pun boleh. Tapi jangan sampai menghina pemberian itu.


Berapa ramai beroleh faedah dari pengumuman yang dibuat? Tol bukan murah. Setidaknya bolehlah duit itu diguna untuk tampung duit minyak.


Begitu juga dengan penurunan harga simen. Siap menyindir buat kuih raya bukan guna simen. Siapa pula suruh buat kuih raya guna simen tu?


Penurunan harga simen amat penting untuk industri pembinaan. Ia membantu merancakkan industri dan boleh juga mengawal harga bangunan.


Dalam jangka panjang, rakyat juga yang akan dapat faedahnya. Jangan fikir kerajaan perlu bertindak untuk situasi semasa saja tanpa perlu berfikir untuk masa hadapan. Salah begitu.


Entahlah walaun. Mungkin bagi walaun umumkan tak boleh balik kampung dan pergi beraya ataupun polis akan pantau kasut depan rumah masa raya baru dikira berfaedah untuk rakyat?


Rakyat sepatutnya dapat melihat sekarang. Walaun membenci DS Anwar tanpa sebab yang munasabah pun. Mereka benci kerana pemimpin mereka benci.


Sebab itu usah mudah terpengaruh dengan bisikan sang walaun. Mereka tak mampu berfikir secara waras pun sebenarnya. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.