Jamzuri Ardani
1. Takfir bukan sekadar menuduh secara totok bahawa si fulan itu kafir. Takfir yang sebegitu sudah terlalu parah dan berada dihujung kemusnahan.
2. Kita kena memerangi pemikiran takfiri ini dari awal putiknya. Ia bermula dengan pemahaman agama secara eksklusif. Kelompoknya sahaja yang berjuang Islam, kelompoknya sahaja faham Islam, kelompoknya sahaja yang mahu Islam. Ini fenomena biasa dalam proses indoktrinasi dan perkaderan, tetapi di sinilah bermulanya putik pemikiran takfiri. Kumpulan aku lebih Islam dari kamu.
3. Dari pemahaman eksklusif ini ia mula menuju ke arah yang lebih ekstrim dan ada adakalanya bercirikan kultus. Keluar dari kelompoknya bermakna keluar dari kumpulan Islam, menentang kelompoknya bermakna menentang Islam, dan menolak kumpulannya akan dilabel 'musuh Islam'.
4. Amalan takfiri banyak berlaku tidak secara langsung. Ia berlaku dengan 'kod istilah' yang difahami secara umum tanpa tuduhan yang spesifik. Antara 'kod istilah' yang biasa digunakan 'barua kafir', 'munafik haraki', 'harbi', 'politik sekular', 'kerajaan taghut', 'politik suku agama suku', 'tolak Islam', 'musuh Islam' dan seumpamanya. Ini adalah istilah-istilah takfiri yang digunakan secara meluas tanpa sedar.
5. Saya pernah berada dalam PAS dan aktif selama lebih 30 tahun. Pernah melalui proses indoktrinasi dan perkaderan PAS. Saya boleh katakan, perkara-perkara di atas memang wujud.
6. Untuk mengatakan PAS tidak terlibat dengan amalan takfiri adalah seperti mengatakan di dalam sungai tiada ikan.
No comments:
Post a Comment