RENCANA | Dulu Azmin, Mahiaddin, Hamzah…kini giliran Tok Mat dalam strategi Pas pecahkan BN

 





OLEH NORMAN RADZUAN

Apa berlaku sekarang sama sahaja modus operandinya pada 2018 hingga jatuh kerajaan PH 1.0 iaitu memainkan isu perkauman, Islam terancam, kuil, Rohingya, anti DAP. Hanya ulang tayang.

Sila baca dan memahami apa yang ingin disampaikan.

Siapa sangka Pas sekarang dah jadi parti terbesar dalam kalangan orang Melayu. Apa strategi Pas boleh capai tahap ini? Adakah Pas kerja keras dapatkan sokongan rakyat? Tak. Jadi apa Pas buat?

Semasa dalam Pakatan Rakyat, Pas meletakkan PKR sebagai “Abang Long”. Apabila PKR jadi abang long, pemimpin PKR iaitu Anwar Ibrahim yang kena kerja keras tiap malam round satu Malaysia untuk kuatkan sokongan.

Selepas sokongan dah kuat, apa Pas buat? Pas akan pecahkan PKR. Apa strategi Pas? Pas lagakan Presiden PKR dengan Timbalan Presiden PKR.

Apabila perlu memilih MB Selangor, Pas pilih Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR) sedangkan Pakatan Rakyat setuju memilih Wan Azizah (Presiden PKR).

Bila Timbalan Presiden diberi jawatan, sedangkan Presiden tak ada jawatan, automatik parti akan bergaduh. Kesannya, PKR dah tak jadi Abang Long dan Pakatan Rakyat terkubur.

Pas? Kekal kukuh.

Selepas itu, Pas bergabung dengan Umno dan Bersatu, yang akhirnya tertubuh kerajaan tebuk atap.

Pas memilih Tan Sri Mahiaddin Md Yassin iaitu Presiden Bersatu (jawatan kedua tertinggi) berbanding Tun M iaitu Pengerusi Bersatu (jawatan tertinggi) sebagai calon Perdana Menteri.

Apabila Mahiaddin diberi tawaran, bergaduhlah Bersatu, akhirnya Mahathir dipecat daripada Bersatu. Bersatu retak.

Pas? Kekal kukuh.

Apabila perlu memilih Perdana Menteri ke-9, Pas sekali mencadangkan calon yang bukan presiden parti iaitu Naib Presiden Umno, Ismail Sabri walaupun ketika itu Presiden Umno, Zahid Hamidi juga ialah Ahli Parlimen.

Apabila Naib Presiden Umno jadi Perdana Menteri dan pemimpin-pemimpin bawah jadi menteri, manakala Zahid tak ada jawatan, Umno pun retak.

Berlaku fraksi Presiden Umno vs Perdana Menteri yang akhirnya beberapa pemimpin Umno dipecat dan digantung seperti KJ, Hishamuddin, Shahril. Umno berpecah.

Pas? Kekal kukuh.

Apabila berkawan dengan Bersatu dan menang 74 kerusi kerana faktor “Abah”, Pas sekali lagi ulangi strategi sama.

Pas telah memilih Timbalan Presiden Bersatu, Hamzah Zainuddin sebagai Ketua Pembangkang dan bukannya Presiden Bersatu, Mahiaddin.

Apabila Timbalan Presiden ada jawatan, Presiden tak ada jawatan, keretakan akan berlaku. Bersatu yang pada awalnya Abang Long PN akhirnya retak dan berpecah sehingga tertubuhnya Wawasan.

Pas? Kekal kukuh.

Kini, Pas ulangi perkara sama. Meletakkan parti lain sebagai “Abang Long Sementara” iaitu Umno melalui kerjasama baharu yang bakal dibina.

Umno perlu kerja keras dan dapatkan sokongan. Selepas cukup sokongan, percayalah, Pas akan ulangi strategi sama.

Apa strategi Pas? Akan tawarkan jawatan kepada Timbalan Presiden Umno dan menafikan Presiden Umno.

Menuju PRU-16, sekiranya Pas & Umno bergabung, setelah Umno bekerja keras berkempen, Pas akan tawarkan jawatan Perdana Menteri kepada Tok Mat (Timbalan Presiden Umno).

Apabila ditawarkan, semestinya Umno akan berpecah dan bergaduh. Kesannya, orang Melayu akan meluat dengan Umno.

Pas? Kekal kukuh.

Percayalah, Zahid. Kalau ikut sejarah, ini lah strategi Pas.

Dia akan bekerjasama dengan parti lain dan menjual imaginasi kononnya dia tak nak jadi Abang Long. Apabila gabungan dah kuat, dia akan pecahkan parti sahabat dia. Apabila parti sahabat pecah, Pas akan menjadi Abang Long di saat akhir.

Zahid, tunggu masalah sebelum Pas tawar Tok Mat sebagai calon PM.

Pas akan tentukan siapa Presiden Umno

Pergerakan mudah dibaca. Saya pernah menulis tindakan Mahiaddin meninggalkan Mahathir dan Anwar untuk kerjasama dengan Pas, akan memakan dirinya sendiri.

Tak sampai 5 tahun ia berlaku. Mahiaddin jatuh secara terhina sedangkan parti Mahiaddin dan dirinya Melayu. Jadi kita hairan parti Melayu apa yang dimahukan oleh Pas?

Dari ulasan di atas, anda fikir siapa bakal digunakan Pas untuk jatuhkan Zahid? Ya Mat Hassan atau dikenali sebagai Tok Mat.

Anda mesti ingat setiap kali kerjasama berlaku, Pas akan semakin kuat. Tindakan Umno memberi laluan lebih dari 10 kerusi kepada Pas hanyalah utk menguatkan Pas sama ada di Negeri Sembilan atau Pusat.

Kerusi yang disedekahkan Umno kepada Pas tidak akan kembali kepada Umno dalam jangka masa yang pendek.

Ia akan memerlukan puluhan tahun atau tidak kembali lagi kepada Umno sampai bila-bila seperti mana di Kelantan dan Terengganu.

Barangkali deal mereka Umno beri 10 kerusi di N9, Pas akan beri 10 kerusi DUN di Terengganu. Bezanya mereka yang mengundi Umno di Terengganu anytime boleh pulang kembali kepada Pas.

Umno mesti ingat Umno tiada syurga untuk dirasuahkan. Paling tidak RM tetapi Pas cukup dengan dalil syurga ahlinya akan kembali bila mereka boleh menguasai Umno.

Bila menguasai Umno apa yang Pas akan lakukan? Pas akan minta kerusi PM. Ketika itu Umno baru sedar mereka sudah mewakafkan kepada Pas untuk bertapak di N9 dan Melaka.

5-10 tahun mendatang Pas akan menguasai N9, Melaka, Selangor, Pahang, Perak, Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis.

Kelebihan Pas doktrin mereka bermula dari umur 6 tahun dan selepas 55- 60 tahun. Di usia pencen masjid dan surau adalah doktrin halus yg membiakkan pengaruh Pas yang tidak ada pada mana-mana parti terutamanya Umno.

Saya jangkakan 3 nama akan diangkat oleh Pas untuk memecahkan Umno agar tunduk kepada mereka untuk singkirkan Zahid.

Mat Hassan, Hishamuddin dan KJ. Nama ini dalam jangkaan akan digunakan Pas untuk menjatuhkan Zahid.

Bagaimana caranya?

Nama yang paling dekat adalah Mat Hassan kerana dia yang sangat excited untuk kerjasama dengan Pas di Negeri Sembilan dari analisis saya. Apatah lagi Mat Hassan adalah Timbalan Presiden Umno.

Pas tentu tidak mahu Zahid kekal lama sebagai PM kerana isu rasuah 47 kesnya akan jadi liabiliti selepas dijaja oleh Pas hampir 4 tahun lamanya.

Modus operandi sama. Ugut Zahid jika tidak mahu berundur Pas akan tarik sokongan atau beri sokongan kepada Tok Mat atau Hishamuddin dalam pemilihan kerusi Presiden Umno. Sama sahaja apa dilalui Mahiaddin.

Pas yang akan menentukan siapa yang bakal menjadi Presiden Umno untuk patuh dan mencium tangan Presiden Pas seperti dilakukan Hamzah.

Kenapa saya kata hubungan Pas dan Umno ini tidak akan kekal? Anda mesti ingat Pas mendakwa, ‘Umno akan ‘makan kawan’ bila berkuasa.’

Zahid Hamidi pula mengingatkan ahli partinya agar tidak terlalu mempercayai Pas, mendakwa parti itu boleh mengubah pendirian dan ‘tiang gol’ (goal post) pada bila-bila masa.

Keduanya saling mencurigai, tidak hairan akan saling khianat mengkhianati. Sebelum berkahwin lagi kedua mencurigai antara satu sama lain apatah sudah duduk serumah.

Maklumlah si isteri pernah menjadi janda selepas diceraikan. Masa itu puas dia merayu pilih dirinya atau isteri muda? Akhir si suami pilih bini muda kerana kuasa dan harta.

Tak sampai 5 tahun mantan suami ceraikan isteri muda dan memujuk jandanya untuk menerimanya kembali.

Ini perkahwinan kali kedua untuk ‘kuasa’ bukan atas dasar cinta tentulah keikhlasan diragui. Dudanya pula tiba-tiba sanggup ceraikan bini muda untuk rujuk kembali mesti lah ada rasa was was. Yelah janda nampak lebih berharga.

Ia sekadar analisis. Kita tunggu 5-10 tahun mendatang adakah ramalan saya ini benar atau tidak.

Anwar Ibrahim tetap kerja seperti biasa. Dia tahu hubungan Umno dan Pas tidak akan kekal lama. Umno akan dikhianati kerana Pas sebenarnya jauh lebih kuat dari Umno.

Umno amalkan skim cepat kaya untuk cepat berkuasa atau guna jalan pintas. Tidak ada jalan pintas untuk kejayaan. Beritahu saya siapa yang berjaya atau kekal berjaya dengan menggunakan jalan pintas di dunia ini?

Anwar sudah berikan platform iaitu portfolio Kementerian Luar Bandar, Pertahanan, Pengajian Tinggi dan Mara utk UMNO bangkit sebagai kuasa Melayu dengan cara organik.

Bukan dengan cara menumpang kekuatan Pas yang bila-bila masa boleh khianat mereka seperti parti-parti sebelum ini.

Sebab itu Anwar sering ingatkan tentang stabiliti. Bila politik stabil ekonomi akan jauh lebih stabil. Tapi jika hanya untuk kuasa, apa yanf dilakukan sekarang ini akan musnah angkara perebutan kuasa sesama kita.






No comments: