KERAJAAN MALAYSIA TERIMA WANG 1MDB DARI US MENGESAHKAN AMALAN KLEPTOKRASI NAJIB.


ZAMURI ARDANI


Bila kerajaan terima wang USD300 juta dari US, itu sebebarnya mengesahkan bahawa pentadbiran BN sebelum ini mengamalkan kleptokrasi. Para walaun Najib kena faham bahawa manusia yang kamu dokong selama ini adalah sah sebagai penyamun wang rakyat.

Wang itu dirampas oleh pentadbiran US melalui Jabatan Keadilan negara itu dari Jho Low dan Riza Aziz melalui akta anti-kleptokrasi. Kalau Najib bukan kleptokrat, wang itu tidak akan dipulangkan semula kepada kerajaan Malaysia dan kerajaan Malaysia juga tiada hak untuk menerima wang tersebut.

Wang itu adalah hasil perjuangan PH menjatuhkan rejim kleptokrasi. Wang itu adalah milik rakyat Malaysia.
Anda boleh sahaja mendabik dada itu dan ini, tetapi wang itu adalah hasil perjuangan PH. Orang yang paling banyak berjasa membawa wang itu kembali ke negara kita ialah mantan Peguam Negara, Tommy Thomas.

Terima kasih TT, terima kasih PH.


Imej mungkin mengandungi: teksImej mungkin mengandungi: teks