Mohd Nizam
Saya nampak yang seronok dengan rejim Bani Melayu ni cuma para pembenci Anwar, pendengki Amanah dan pewirid DAP je.
Adapun rakyat yang rasional dapat melihat bahawa rejim PN ini beroperasi tanpa mandat, tanpa manifesto, tanpa halatuju, tanpa common platform, tanpa wawasan, tanpa KPI, dan yang paling menjolok mata ... tanpa maruah.
Menteri-menteri dilantik bukan kerana merit, tetapi sekadar untuk membeli kesetiaan politik dan kuasa. Tak cukup jawatan menteri, jawatan GLC difaraid macam cerita P Ramlee, "satu untuk engkau, dua untuk aku".
Satu demi satu gelagat sang menteri menjadi bahan lelucon rakyat. Dari kisah Menteri Doremon, Menteri Teletubies, Menteri Air Suam, Menteri MEWA Air Kumbahan, Menteri Agih GLC, Menteri Rambut Longkang, Menteri SengHeng, dan pelbagai lagi gelagat yang memualkan.
Retorik Islam Melayu hanya indah khabar. Setelah kuasa ditangan tiada apa lebihnya rejim baru ini dari sudut Melayu dan Islam. Malah satu demi satu para penunggang agama menjilat ludah dan kahak mereka tanpa segan silu.
Industri arak terus dibela. Judi bertambah. Pemandu mabuk tetap sama walaupun waktu PKP. UEC diiktiraf. Sekolah vernakular berjalan macam biasa. Pembunuh Adib masih bebas. Hudud tak payah cerita laaa ... langsung hilang dari radar.
Dari sudut ekonomi, kerajaan baru juga kelihatannya sudah hilang kawalan. Muhyidin terpaksa mengambil semula falsafah pentadbiran Najib iaitu 'cash is king'. Rakyat digula-gulakan dengan pemberian tunai sehinggakan orang kaya pun layak mendapat bantuan wang tunai. Samada kelangsungan kewangan negara berupaya atau tidak dari sudut jangka panjang itu bukan lagi perkara penting. Pengukuhan kuasa politik buat masa sekarang adalah segala-galanya buat rejim baru ini.
Untungnya rejim baru ini ialah sikap PH sebagai pembangkang yang professional dan bertanggungjawab. Mereka tidak memainkan sentimen perkauman dan kebencian agama sepertimana ketika Bani Melayu menjadi pembangkang sebelumnya. Mereka tidak menyebar fitnah dan pembohongan. Mereka mengkritik dengan hujah dan fakta. Mereka turut memainkan peranan aktif memberi kesedaran kepada rakyat agar mematuhi peraturan PKP dan membantu rakyat yang memerlukan.Rakyat mampu menilai dengan adil.