PERBEZAAN GANDER MEMBUATKAN ANDA HILANG JAWATAN?

Kerana menteri tidak suka wanita, pegawai kanan kerajaan hilang pekerjaan

Kerana menteri tidak suka wanita, pegawai kanan kerajaan hilang pekerjaan


Seorang pegawai kanan sebuah kementerian telah hilang pekerjaan dalam masa 24 jam hanya semata-mata kerana menterinya mendakwa beliau tidak suka bekerja dengan seorang wanita.
Hasilnya beliau telah diminta bertugas ke kementerian lain yang kebetulan berpecah dari kementerian asalnya.
Berdasarkan jaminan pegawai kanan menteri berkenaan, beliau telah pergi untuk melaporkan diri ke kementerian baru itu.
Namun, apabila sampai di sana, pegawai yang bertugas sejak kerajaan Barisan Nasional itu diberitahu bahawa mereka telah ada orang lain untuk mengisi jawatan tersebut.
“Itulah nasib penjawat awam ketika kerajaan Perikatan Nasional (PN) memerintah, dalam masa sekelip mata sahaja mereka boleh kehilangan jawatan hanya kerana menterinya tidak suka bekerja dengan wanita,” kata satu sumber kepada Malaysia Dateline.
Padahal, katanya, pegawai berkenaan dikira seorang pegawai kerajaan yang setia dengan tugasnya tanpa mengira parti mana yang memerintah negara walaupun jawatan beliau itu adalah dalam bentuk kontrak sahaja bukan tetap.
Beliau mula bekerja di bawah kementerian berkenaan sejak kerajaan Barisan Nasional (BN) dan disambung tugasnya semasa kerajaan Pakatan Harapan (PH).
“Namun kerana beliau seorang wanita, beliau telah kehilangan pekerjaan ketika kerajaan PN memerintah.
“Nasib beliau tidak terbela kerana negara sedang huru hara di bawah Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengawal Covid-19,” kata sumber itu.

No comments: