DOJ PULANGKAN DUIT RAKYAT MALAYSIA SEBAB APA?


Apabila DOJ Amerika Syarikat memulangkan semula duit rakyat Malaysia sejumlah AS$ 300 juta, berkokoklah macai dan walaun menyatakan itu bukti Najib tidak bersalah dan tidak terlibat dengan skandal 1MDB. Mereka tidak baca habis apa yang yang sebut oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat.

Kalau itu bukan duit rakyat Malaysia yang dirompak dan diselewengkan, mengapa begitu bodoh sekali DOJ mahu beri kepada Malaysia? Kita berterima kasih kepada kerajaan PH kerana bertungkus lumus untuk mendapatkan semula hak rakyat Malaysia yang dirompak itu dan sebahagiannya telah kita perolehi sebelum ini, manakala kerajaan pintu belakang sekarang ini hanya meneruskan usaha kita sebelum ini. 

Bayangkan kalau kerajaan kleptokrasi dulu masih memerintah selepas PRU14, rasa-rasanya dapat atau tidak duit itu kembali atau lagi bertambah duit itu hilang?

Najib tiada kaitan dengan 1MDB? Jangan tolol sangat. Anda tahukah siapa penasihat dan orang paling berkuasa di dalam 1MDB? Kalau tidak tahu, cuba tanya PM pintu belakang sekarang, siapa perompak sebenar dalam skandal 1MDB ini. Cari kat Youtube, taip saja "muhyidin 1 MDB." Dengar apa kata Muhyidin tentang 1MDB. Dia dipecat dari TPM dulu pun kerana isu inilah.

Jangan lupa, kerajaan pintu belakang sekarang ini turut berada di dalamnya "hero-hero" yang ada kaitan dengan skandal terbesar ini. Inilah kerajaan pintu belakang yang memerintah sekarang yang disokong pula oleh lebai dan seorang dua ugamawan dedak.

WFAUZDIN NS

No comments: