ALASAN MENTERI PEGANG GLC SETARAF IMPIAN DORAEMON






Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Dato' Takiyuddin Hassan yang dilaporkan sebagai berkata Ahli Parlimen PN yang tidak memegang jawatan dalam kerajaan akan dilantik mengetuai GLC. Mohd Zuhdi berhujah, pelantikan itu juga memberi kelebihan kepada Ahli Parlimen terbabit untuk menjawab persoalan atau isu berbangkit mengenai GLC yang mereka pimpin di Parlimen. Katanya, semua GLC lazimnya menyerahkan laporan tahunan mereka ke Parlimen, maka sekiranya ada perkara berbangkit yang datang dari wakil rakyat, pengerusi terbabit boleh menjawab secara langsung di Parlimen. “Sebelum ini, soalan berkaitan GLC jika ditanya di dalam Parlimen akan dijawab oleh menteri yang berkaitan dengan GLC terbabit. “Selepas ini, Parlimen mungkin boleh mewujudkan satu mekanisme supaya soalan berkaitan GLC tertentu dijawab secara langsung oleh Pengerusi GLC yang juga Ahli Parlimen,” ujarnya. Beliau berpendapat bahawa “Badan membuat keputusan GLC sesuai diberi kepada pihak pembuat dasar termasuk dalam kalangan Ahli Parlimen manakala badan yang mentadbir dan menguruskan GLC seharusnya diberi kepada bukan golongan politik.


No comments: