GEGAR VANGANGDAA 2OTX..??

 








1) Bacaan Kali Ketiga Tajuk Panjang B2021 dan Undian Kali Kedua MUNGKIN berlaku esok (15 Disember 2020) walau pada awalnya kita menjangkakan 17 Disember 2020.

2) Adakah ini yg dimaksudkan oleh Lokman Noor Adam bahawa ia adalah "VoNC" yg mana DSAI sudah ada 113 + at least 8 MP UMNO akan menyokong menolak B2021?? Kita tidak tahu. Elok kita tunggu.

3) Dalam masa yg sama apakah DSAI akan berjaya kemukakan CUKUP JUMLAH SD utk pertimbangan DYMM SPB YDPA?? Pun kita tidak pasti. Sabar lah kita tunggu.

4) Tapi hari ini 2OTX (Dua Org Tua Xpired) tetiba mengadakan PC bersama? Apa yg mereka bimbangkan? JUJURnya saya malas nak follow PC mereka sbb bimbang saya "MELUGAI" dan rasa nak termuntah. Tapi cukuplah dgn sinopsis yg dituliskan oleh MSO.

5) Pada saya ia hanyalah sebuah PC yg menggambarkan NATIJAH kebimbangan mereka JIKA benar DSAI akan diangkat jadi PM. Lalu mereka meracau bab "Ekonomi Harimau" dan soal KERAMITA PN yg hanya punya majoriti tipis dan menyebbkan "Trust Deficit" di kalangan Pelabur Asing? Tak payah ckp pun dah jadi rahsia umum. Saya juga dah banyak kali menulis bab "Trust Deficit" dan "FDI" yg terkesan akibatnya.

6) PT95 dah "expired", dia tidak punya sokongan yg cukup utk jadi PM, diratib2kan KUNUNnya DSAI tidak punya "numbers" sebaliknya "doa" itu sedang berbalik kpd diri dia. PT95 hanya ada sekitar 4 ketoi MP parti haram. Warisan boleh supply sekitar 8 ketoi MP? Amanah dan DAP ada yg nak sokong ke? Tak kot? Description: 😅Sbb nak ajak 15 MP bangun sokong Undian Belah Bagian pd 26 Disember lalu pun PT95 tak mampu.

7) Siapa di kalangan MP yg sokong Ku Li?? JIKA dalam UMNO pun dia kalah bertanding jawatan Presiden itu petanda UMNO sendiri tolak Ku Li yg dah "expired". Ku Li juga tak mungkin boleh cukup "numbers" utk jadi PM. Dia ajak MP UMNO tarik sokongan kpd TSMY dan KERAMITA PN pun takde sape mahu sahut. MP UMNO anggap Ku Li "dah tak boleh pakai". Ku Li sendiri tak berani nak umum secara terus terang dan rasmi. MP yg takde teloq bukanlah PM material.

8) Lalu, kemunculan mereka (2OTX) kita faham bahawa ia hanyalah sbb bimbang DSAI mungkin akan jadi PM. TIADA apa yg "dua sejoli" itu mampu tawarkan kepada rakyat melainkan "Retorik". Malah mereka berdua sudah pun "expired".

9) Sebab itu MSO kata 2OTX hanya umpama pengacara GEGER BERGANZA...tapi pada saya aksi 2OTX itu adalah sekadar GEGAR VANGANGDAA.....2OTX BUKAN lagi tandingan DSAI. Biasanya bila mereka muncul, itu bermakna peluang DSAI diangkat jadi PM muncul semula dan membimbangkan mereka. JIKA BENAR....Mampukah mereka sekat DSAI?

Wallahualam.

- Zus Din

14 Disember 2020

 

No comments: