Permainan angka percaturan politik: Siapa Perdana Menteri Ke-9?

 

Astro Awani
Permainan angka percaturan politik: Siapa Perdana Menteri Ke-9?
Kemungkinan Parlimen Tergantung wujud sekiranya tiada parti atau gabungan yang mempunyai mandat automatik untuk mengawal eksekutif. - Foto BERNAMA
PERMAINAN angka, itu percaturan dan teka-teki yang bukan sahaja jadi permainan ahli politik ketika ini, tetapi juga buat penganalisa dan pemerhati politik serta rakyat Malaysia secara umumnya.
Beberapa nama disebut bakal menduduki kerusi panas Perdana Menteri yang ditinggalkan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.
Namun, nama yang dijulang tidak akan terpahat di Perdana Putra sekiranya tiada kesepakatan mahupun persetujuan Ahli-ahli Dewan Rakyat.
Beberapa senario boleh dijangkakan.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Beliau dikatakan antara individu yang mampu meraih majoriti sekiranya mampu menarik kembali sokongan 15 Ahli Parlimen UMNO yang bertindak menarik sokongan terhadap Muhyiddin.
Sekiranya UMNO secara en bloc iaitu seramai 38 Ahli Parlimen memberi sokongan kepada beliau, Ismail Sabri dijangka mampu meraih sokongan daripada 115 Ahli Parlimen.
Ini diambil kira sokongan daripada 31 Ahli Parlimen Bersatu, PAS (18), GPS (18), Bebas (4), MCA (2), MIC (1), PBRS (1), PBS (1) dan STAR (1).
Datuk Seri Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang ini mendapat sokongan majoriti daripada parti komponen Pakatan Harapan (PH) iaitu seramai 88 Ahli Parlimen.
Ia terdiri daripada DAP (42), PKR (35) dan Amanah (11).
Malah, dilaporkan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik turut memberi sokongan kepada Anwar.
Namun, 89 sokongan tidak mencukupi tanpa sokongan daripada parti-parti lain.
Usaha Anwar untuk menjawat jawatan Perdana Menteri mampu tercapai sekiranya berjaya menerima sokongan daripada Warisan (8), Pejuang (4), Bebas - Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (1) sekali gus menjadikan jumlah sokongan sebanyak 102 Ahli Parlimen.
Angka itu mungkin akan lebih dengan mengambil kira kemungkinan sokongan beberapa Ahli-Ahli Parlimen UMNO termasuk parti-parti lain di Sabah dan Sarawak.
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Nama individu paling berpengaruh di Negeri di Bawah Bayu ini juga disebut-sebut mampu memegang tampuk pentadbiran negara.
Berpengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan, Mohd Shafie berdepan cabaran dalam memberi keyakinan kepada Pakatan Harapan untuk memberi sokongan kepada beliau.
Sekiranya ia mampu direalisasikan, Mohd Shafie dijangka mampu meraih lebih 100 Ahli Parlimen.
Ia merangkumi partinya sendiri Warisan (8), komponen PH terdiri daripada DAP (42), PKR (35), Amanah (11), Pejuang (4), Bebas (2) - Syed Saddiq dan Maszlee Malik.
Ini tidak termasuk lagi sokongan lain seperti dari GPS, PAS ataupun kelompok parti-parti kecil lain seperti PBRS, PBS, STAR dan PSB.
Kemungkinan Parlimen Tergantung wujud sekiranya tiada parti atau gabungan yang mempunyai mandat automatik untuk mengawal eksekutif.
Kemungkinan Parlimen Tergantung wujud sekiranya tiada parti atau gabungan yang mempunyai mandat automatik untuk mengawal eksekutif.
Parlimen Tergantung
Parlimen tergantung adalah situasi di mana parti politik tertentu atau gabungan sedia ada tidak mempunyai majoriti mutlak dalam Parlimen atau badan perundangan lain.
Situasi ini juga dikenali sebagai Parlimen Seimbang iaitu walaupun tidak lazim atau tiada kawalan keseluruhan.
Tiada parti atau gabungan parti yang mempunyai mandat automatik untuk mengawal eksekutif.
[LAPOR LANGSUNG] Pembentukan kerajaan baharu, siapa PM ke-9?
BACA: Kerajaan baharu diharap buka luas ruang rakyat kongsi pandangan - Penganalisis
Namun, majoriti mutlak masih boleh diperoleh melalui pembentukan kerajaan gabungan yang baharu atau penambahan ahli bukan sekutu dalam gabungan sedia ada.
Bagaimanapun, sebuah kerajaan minoriti mungkin dapat dibentuk di mana parti yang mempunyai Ahli Parlimen teramai dibenarkan untuk membentuk kerajaan tanpa majoriti mutlak, dengan syarat ia mendapat sokongan dari ahli tidak bersekutu.
Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan menyebut Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri.
Negara berhadapan dengan krisis politik susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri pada Isnin.
Peletakan jawatan Muhyiddin itu mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika menghadap baginda di Istana Negara.
Tindakan itu diambil selepas 15 Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan terhadapnya sebagai Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional.
Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu dilantik sebagai Perdana Menteri pada 29 Februari 2020 ekoran krisis politik selepas keruntuhan kerajaan Pakatan Harapan.
Susulan peletakan jawatan itu, Yang di-Pertuan Agong berkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri sementara sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

No comments: