Pemimpin parti selesai menghadap Agong

 

KUALA LUMPUR: Ketua parti daripada Umno, Pakatan Harapan (PH), PAS dan Pejuang selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Kenderaan membawa Presiden Umno, Zahid Hamidi, Presiden PKR Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Pejuang, Mukhriz Mahathir dan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man meninggalkan Istana Negara, selepas dua jam menghadap Agong, hari ini.

Petugas media mula berkumpul di hadapan pintu 2 Istana Negara seawal jam 8 pagi tadi bagi membuat liputan ketua-ketua parti menghadap Agong.

Sesi menghadap Agong oleh ketua-ketua parti bermula hari ini susulan peletakan jawatan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri semalam, selepas menerajui negara selama hanya 17 bulan.

Dalam kenyataan, Istana Negara mengumumkan Muhyiddin akan bertindak sebagai Perdana Menteri ‘caretaker’ sehingga Perdana Menteri baharu dilantik oleh Agong.

Muhyiddin akhirnya tunduk kepada tekanan untuk berundur selepas 15 Ahli Parlimen Umno menarik balik sokongan kepada beliau dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinannya pada 7 Julai lalu.

No comments: