Dari awal saya nyatakan Tan Sri Muhyiddin Yassin gagal tadbir negara dan harus digantikan.
Lihat sahaja kepada barisan kabinet beliau. Tidak cekap dalam hal ehwal urus tadbir, lambat membuat keputusan, koordinasi yang lemah, mengambil sikap sambil lewa, tidak serius, gagal merancang dan hanya sibuk pertahan kuasa.
Tambahan dengan sikap mereka yang double standard, amalan scheme of things ,mengutamakan taikun dan para elit. Sehingga natijahnya, negara tergelincir dalam kemelut krisis kesihatan antara paling teruk di dunia.
Bukan itu sahaja, kerajaan Muhyiddin Yassin juga akan dikenang dalam sejarah sebagai kerajaan yang sering sahaja membelakangkan Istana.
Sayang sekali, tiada semak dan imbang dalam kerajaan TSMY. Suara- suara yang dulunya gegak gempita, diam seribu bahasa. Suara Pemudanya lesu tak bermaya.
Harini TSMY dan seluruh kabinet letak jawatan. Adakah saya gembira? Tidak sama sekali.
Adakah satu kemenangan?Tidak juga. Hanya satu permulaan untuk yang lebih baik pada negara. Cuma,jangan salah langkah. Sebab,saya sedar negara masih bergelumang dengan ketidaktentuan politik. Jika keadaan ini berterusan rakyat akan terus derita.
Cabaran jauh lebih besar di hadapan. Namun, pasti punya harapan. Banyak perkara yang kita boleh ambil pengajaran.Sama ada semasa menjadi kerajaan, atau belajar dari kesilapan daripada yang lain.
Apa yang saya harapkan ialah Perdana Menteri ,para menteri kabinet, dan pegawai- pegawai yang bakal dilantik biarlah benar- benar kompeten dan faham denyut nadi rakyat. Saudara saudari menggalas harapan rakyat dan akan dipertanggungjawabkan.
Bercakap soal siapa yang kompeten sebagai Perdana Menteri ,sekali lagi saya ulangi pendirian Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah yang paling layak.