NORMAN RADZUAN
Kenapa takut dgn Anwar?
Siapa bakal PM keputusan DURIAN-DURIAN
RAKYAT TELAH BERIKAN MANDAT
Selepas episod 1 berakhir lebih kurang jam 12.30 tgh semalam...
tak sampai setengah jam menderu panggilan atau personal message bertanya siapa
bakal PM. Saya beritahu jgn tanyakan saya.... tanya Anwar, Ismail Sabri atau Ku
Li mereka sendiri pun tak tahu jawapannya.
Ramai yg berkata keputusan terletak kpd Ydp Agong. Bagi saya
sebenarnya selain keputusan akhir dari baginda, keputusan siapa bakal menjadi
PM atau kerajaan juga terletak di tangan 'durian'2. Kenapa saya kata begitu?
Rakyat telah memberi amanah pada PRU lalu, Ydp Agong mungkin
boleh lakukan pilihan PM Interim tetapi hakikatnya apabila baginda memanggil
kesemua Presiden Parti atau MP bermakna baginda akn melantik siapa bakal
menjadi kerajaan dan PM berdasarkan apa yg diundi majoriti MP atau kod rahsianya
durian. Rakyat pula tidak boleh berbuat apa2 utk mengundi siapa menjadi PM
ketika ini.
Perlu diingat disebabkan durian busuk inilah kerajaan PH tumbang
dan kerana durian2 busuk inilah kerajaan PN tumbang. Ydp Agong tidak
menjatuhkan kerajaan yg ada, begitu juga bukan rakyat menjatuhkan kerajaan PH
atau PN...semuanya berlaku kerana sikap buruk durian2 ini yg hanya memikirkan
kepentingan peribadi.
Ramai rakan bertanya apakah jajaran baru yg saya inginkan? Jika
ikutkan saya menolak bersama UMNO. Saya melihat UMNO pemimpinnya sgt diragui
sikap amanah atau setiakawan mereka. Sikap rakus mereka bukan mudah dihakis.
Lihatlah bila Muhyiddin meletakkan jawatan semalam, tiba2 mereka
ingin melantik PM dari kalangan pemimpin parti mereka sdgkan SD sebelum ini mereka
menyokong DS Anwar. Mereka hanya menggunakan PH utk UMNO kembali menjadi
kerajaan semula.
Jika berdasarkan kpd jajaran 1 dan 2 di bawah saya lebih percaya
dan lebih gemar kpd jajaran 2. Parti Sarawak ini mereka hanya mahu menjaga
negeri mereka. Tidak seperti UMNO pemimpinnya dlm tempoh 1 jam boleh berubah
rubah utk kepentingan peribadi.
Setahu saya Pejuang tidak bersama kita dan Warisan masih 50-50.
Jadi kita anggap mereka tidak menyokong PH.
PLAN 1
PH 88 + UMNO 15 + PSB 2 + BEBAS 2 + UPKO 1 + AHLI BERSATU SWING
KE PKR 3 ORG = 111 ORG MP
ATAU
PELAN 2
PH 88 + GPS 18 + PSB 2 + BEBAS 2 + UPKO 1 + AHLI BERSATU SWING
KE PKR 3 ORG = 114 ORG MP
Kenapa takutkan Anwar? Jika anda baca di wall rakan2 kita di
blok PN atau rakan2 kita pentaksub Melayu mereka sgt membenci Anwar.
1. Ada rakan dari UMNO beritahu jika Anwar jadi PM habislah Cina
memerintah. Mereka lupa sdgkan DS Anwarlah yg menyelamatkan UMNO dari
diharamkan. Bila ditanya bagaimana Cina boleh perintah... mereka tak boleh
jawab.
2. Jatuhnya kerajaan PN seperti Muhyiddin katakan dlm sidang
akhbarnya adalah berpunca dari kluster mahkamah UMNO. Muhyiddin tak kata Anwar
tapi Anwar juga tetap dijadikan mangsa oleh pentaksub Melayu.
3. Menyalahkan Anwar kegagalan PH. Sdgkan Anwar bukan PM atau
Menteri ketika itu. PM dan Menteri ketika itu adalah Mahathir, Muhyiddin dan
Azmin. Anwar sekadar MP Port Dickson.
4. Muhyiddin cuba menyindir dgn mengatakan dia berprinsip utk
tidak campurtangan urusan mahkamah atau tidak mahu bekerja dgn kleptokrasi. Dia
berbohong sedangkan kerajaan PN ini terbentuk dgn kleptokrasi iaitu bersama
UMNO. Malah Muhyiddin bekerjasama dgn Pas yg dia sendiri katakan sebagai Parti
Ajaran Sesat.
5. Ramai dari kalangan rakan2 yg sebenarnya mereka hanya tahu
tentang politik sekadar sahaja. Rata2 mereka ini hanya mengenali Anwar Ibrahim
melalui Berita di kaca TV. 20 tahun TV melahirkan persepsi Anwar agen Yahudi,
agen CIA, barua DAP dan bermacam macam lagi. Jadi bukan mudah utk memulihkan
imej Anwar yg dibunuh karekter begitu sekali oleh Mahathir sejak sekian
lamanya.
6. Mereka tidak mahu memikirkan yg menolak Anwar adalah
pemimpin2 atau MP yg korup. Hanya org jahat yg takut pada org baik. Ibarat
perompak di luar sana yg mereka takut adalah polis. Perompak tak suka dgn
polis.
Pembunuhan karektor Anwar telah terlalu lama sehingga menjadi
'branding' di pemikiran org Melayu mengenai Anwar. Anwar ini bukan sahaja
ditakuti menjadi PM, utk menjadi MB pun kelam kabut kerajaan ketika itu
menyumbat Anwar ke dlm penjara.
Mereka bimbang Anwar akn buktikan sesuatu maka pembunuhan
karektor atau sumpahan kpd Anwar akn berakhir dan tembelang mereka merompak
berbillion harta rakyat terbongkar. Mereka bimbang budaya rasuah akn berakhir
dan negara kita akn menjdi seperti negara China atau Singapura yg sgt tegas kpd
rasuah.
Pemimpin politik ini tahu rakyat mudah diperbodohkan. Tunjuk
muka sedih, pandai baca doa, beri ucapan mohon simpati ada rakyat menangis...
mereka lupa kerajaan PN ini adalah kerajaan yg mengkhianati mandat rakyat,
mereka lupa 10 ribu rakyat kehilangan suami, isteri, anak, ibu bapa dan org
tersayang. Mereka lupa ratusan ribu rakyat hilang sumber pendapatan.