May be an illustration of 1 person



MOHD MUKHLIS


Mexican Standoff

Mexican Standoff adalah konfrontasi di mana tidak ada strategi yang membolehkan mana-mana pihak mencapai kemenangan.

Kita tolak tepi bab kabinet, kita kira calon PM yang berpotensi besar untuk di lantik.

Masalah besar dia ada berberapa perkara. Pembangkang ada 105, dan PH ada dalam 88; UMNO-Kluster MKT ada 15.

Jadi dalam kerajaan PN; UMNO ada 23 MP - Kluster Menteri.

Bersatu ada 31 kerusi. Masalah dengan Bersatu; mereka dan terlepas cakap, kutuk kluster mahkamah banyak sangat jadi mereka sangat takut kalau kluster mahkamah naik berkuasa. Jadi mereka prefer someone yang neutral pada mereka dan tak akan balas dendam.

PAS walaupun ada 18 kerusi, Ketua pemuda PAS tempoh hari cabul mulut sebut UMNO kluster Mahkamah. Jadi PAS pun takut kalau UMNO kluster Mahkamah berkuasa. PAS dan Bersatu Prefer UMNO dari Kluster Menteri contohnya Mail Sabri atau H20 naik.

Kluster Mahkamah UMNO pula game dia lain, rasanya mereka prefer H20 sebab ada pertalian dengan Najib, backup dia adalah Kuli. Kalau H20 naik, kes depa boleh kowtow, sebab tu Kuli calon alternatif. Kluster Mahkamah tak prefer Mail Sabri sebab Mail Sabri ingkar perintah MKT dan Parti untuk letak jawatan. Lagi satu kalau Mail Sabri naik PM, sudah pasti MKT semua kena sailang sebab Mail Sabri takkan nak stay naib presiden, mesti dia aim presiden.

KuLi - Kira calon neutral dari UMNO; tapi yang mana both kluster boleh agree, tapi yang jadi masalah sekarang ini kluster Mahkamah (Najib) nak saman Mahiadin sebab tuduh dalam TV yang mereka suruh Mahiadin salah guna kuasa. Jadi tanpa Bersatu, Kuli hanya boleh dapat 84 kerusi maximum.

Kalau UMNO nak jadi PM juga, mereka kena berkompromi dengan Bersatu. Maknanya kena terima Jemin, Lampir dan semua MP Bersatu jadi menteri kabinet; padahal Jemin ini is the most hated politician in Malaysia. Kalau terima Jemin makanya penyokong bawahan UMNO akan marah dan PRU15 nanti UMNO akan temui jalan sukar.

Jadi siapa yang kata kalau Kuli nak jadi PM itu jalan mudah adalah salah sama sekali.

Tidak bermakna dalam PH pun dapat jalan senang. Dalam 105 Pembangkang, Pejuang kata dia tak nak masuk campur dan nak stick dengan idea gila MPN. Padahal idea MPN ini langsung tak masuk akal bila kita ada 220 MP yang di bayar gaji untuk berfikir demi rakyat; kenapa nak ada majlis luar lagi? Siapa pula nak bayar gaji MPN ini?

Cumanya idea MPN ini timbul lepas Mahathir tahu tak ada siapa nak calon kan dia jadi PM buat kali ke tiga ( baca saya pernah tulis strategi kuatkan PH tahun lepas) . So dengan harapan YDPA pilih option MPN ini, dia masih ada peluang untuk jadi PM.

Ingat tindakan Pejuang ini akan menentukan hidup mati mereka pada PRU15. Bersatu sudah pasti bungkus; dengan jentera tak ada, lebai pun dah tak mahu tanggung biawak hidup. Kalau Pejuang masih tak nak sokong PH berkeras dengan idea MPN dia, nampak sangat yang dia canang-canang nak kembalikan mandat rakyat hanyalah smokes-screen; sebenarnya nak restore mandat Mahathir nak jadi PM sampai habis penggal.

Tak kisahlah PH dapat jadi kerajaan atau tidak; keputusan Pejuang nanti akan reveal intent sebenar mereka berpolitik.

Kalau betullah MPN itu bagus, Pejuang tak perlulah masuk bertanding PRU15, buat apa masuk bertanding kalau boleh senang-senang buat MPN? Boleh jimat duit rakyat 1 billion untuk PRU15.

GPS mereka biasa support Goverment of the day. Yang duk kata tahun lepas Shafie boleh tarik sokongan mereka kalau jadi calom PM adalah pembohong aje, itu semua ploy nak pecahkan PH. Buktinya sampai sekarang GPS setia dengan PN, takde pun Shafie boleh tarik GPS.

Sebab itu the win-win situation adalah untuk mana-mana pihak yang betul-betul cakna masa depan negara untuk sokong PH.

Sifir dia mudah. Anwar Ibrahim offer satu politik reform, yang tidak berlandaskan dendam tapi berlandaskan harapan. Siapa yang buat kesalahan jenayah kena face the music tapi tak ada orang yang akan di tekan hanya sebab tak sokong Prime Minister of the day. Kembalikan semula hak rakyat yang mengundi PRU14 lepas untuk kerajaan PH. Yang mana-mana sokong PH tak kisahlah dari mana-mana kluster pun boleh terus sokong PH di parlimen tapi tak masuk dalam kabinet.

Dengan barisan Menteri yang competent macam Dr Maszlee, Dr Dzul, Saif Nasution, Yeo Bee Yin, Hannah, Anthony Loke ; Insyallah PH boleh stear balik Malaysia ke jalan yang betul. Kalau Warisan bersetuju sokong pun macam Darrell Leiking boleh turut serta tapi kira macam first come basisla. Shafie Apdal boleh jadi TPM.

Ingat Majlis Raja Raja bertitah point 6

(II) Keadaaan ekonomi dan kewangan negara yang membimbangkan

(V) Kesusahan yang sangat di sangat di hadapi oleh rakyat yang kehilangan kerja dan pendapatan

(V) Suhu politik yang semakin panas dan wajib di redakan

(VII) Kerajaan yang stabil dan mendapat keyakinan serta sokongan dari rakyat

Point 8 MRR titah yang kena ada semak imbang ( kita tak tahu berapa PN dah spend untuk perbelanjaan tambahan maybe 120 billion sebab parlimen tutup) , permisahan cabang kuasa eksekutif, legistatif dan kehakiman ( tengok macam mana PM PDF kawal 2 cabang dengan tukar Speaker dan AG), dah juga salah guna kuasa ( audio scheme of things, dan audio budak kite).

Jadi tanggungjawab kerajaan baru ini sangat berat dan hanya dengan kerajaan yang kompetent sahaja yang boleh merealisasikan harapan Majlis Raja-Raja.

Adakah pembaca rasa kalau Kuli sekali pun di lantik, tapi menteri kabinet semua dari PN, harapan Raja-Raja Melayu ini akan tercapai?

Tapi kalau yang terjadi sebaliknya, dah masih PN juga naik jadi kerajaan, PH tumpukan sahaja pada PRU15.

Ingat PH dapat peluang ini ini di kira bonus, sebab yang tarik balik sokongan pada PN adalah UMNO, bukan Anwar atau DAP atau bukan Warisan dapat tarik GPS. Jadi kalau dapat balik kerajaan, kita ucap Alhamdulillah, kalau tak perancangan Allah itu sebaik-baik rancangan


No comments: