MOHAMMAD AGUS YUSOF
1. Rakyat sedih, keliru dan resah dengan hala taju kerajaan
sekarang. Polisi pemerintahannya tidak jelas. Menteri banyak diam dalam isu-isu
yang memerlukan tindakan segera. PM sendiripun banyak diam. Tidak ada lagi
perutusan khas yang disampaikan di kala rakyat menanti panduan baharu.
2. Sekarang ini rakyat gelisah dengan SOP yang cepat berubah dan
darurat. Kata kerajaan, darurat bertujuan untuk mengatasi Covid-19 tetapi
terbukti dengan darurat, Covid semakin mengganas.
3. Kegagalan ini menyebabkan kerajaan hilang legitimasi di mata
rakyat. Hal ini ditambah lagi dengan tindakan kerajaan tidak mengizinkan undi
tidak percaya dibentangkan di dewan, kerajaan ini dibentuk melalui tindakan
lompat parti, kerajaan ini menjaga kuasa dengan ‘scheme of things,’ dan
pemimpin tidak mampu mengatur kekuatan negara dengan baik.
4. Apa kesannya apabila kerajaan hilang legitimasi di mata
rakyat?
i. Rakyat tidak patuh kepada undang-undang dan peraturan.
ii. Muncul kepembangkangan sivil.
iii. Persekitaran politik menjadi tidak kondusif.
iv. Rakyat tidak percaya lagi kepada wibawa pemimpin.
v. Pelabur tidak datang, sekali gus menjadikan ekonomi negara
teruk.
vi. Politik tidak stabil dan panas sepanjang masa.
vii. Munculnya kemunduran demokrasi.
5. Apabila rakyat sudah hilang keyakinan, maka kerajaan buatlah
pengumuman apapun, rakyat kurang ambil peduli. Keluarlah apa hasil survei dari
pusat penyelidikan manapun tentang kehebatan pemimpin dan kerajaan PN, rakyat
memandangnya hanya sebagai propaganda politik.
6. Justeru, pemimpin perlu berpijak di bumi nyata. Yang nyatanya
ialah rakyat gelisah. Jangan biarkan kegelisahan rakyat ini lama. Selepas Raya
nanti, ambillah tindakan segera untuk pulihkan keyakinan rakyat.
i. Tamatkan darurat dan adakan persidangan parlimen. Ahli
parlimen perlu beraksi untuk membela rakyat dan menyemak tindakan kerajaan.
Ahli parlimen pun sudah divaksin.
ii. Atasi ekonomi negara dengan program dan dasar yang lebih
jelas.
iii. Kurangkan jumlah menteri dan pengerusi GLC yang tidak
berkaitan. Rakyat tidak nampak keperluannya.
iv. Pemimpin perlu berubah dan bertindak sesuai dengan tuntutan
semasa rakyat.
v. Menteri jangan lagi mempunyai sikap ‘denial syndrome’. Semua
mesti serius terima realiti dan berubah ke arah yang lebih baik.
7. Semoganya selepas Raya ekonomi negara pulih, politik lebih
stabil, retorik pemimpin berkurangan dan rakyat semakin sejahtera.
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN.