Kes rogol: AMK Selangor desak Hilman beri penjelasan



Naib Ketua AMK Selangor, Dzulhilmi Zainol hadir untuk menghantar memorandum ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia, Hilman Idham berkenaan dakwaan kes rogol di Pusat Khidmat Masyarakat ParlimenGombak dan DUN Gombak Setia, Selangor. Foto SYAFIQ AMBAK, 11 MEI 2021.

BATU CAVES – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor hari ini memberi tempoh sehingga tujuh hari kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan kes rogol membabitkan rakan politiknya.

Naib Ketuanya, Dzulhilmi Zainol menegaskan, tindakan berdiam diri Muhammad Hilman hanya menguatkan andaian wujudnya campur tangan politik dalam kes yang membabitkan pemimpin kerajaan itu.

“Sehingga saat ini masih tiada sebarang perkembangan terhadap beliau (Hilman). Kita tak nampak beliau dipanggil (polis). Kita tak tahu apa yang berlaku, walhal beliau adalah salah seorang yang berada di tempat kejadian,” katanya pada sidang media di luar Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak dan DUN Gombak Setia, hari ini.

Terdahulu Dzulhilmi bersama Ketua Penerangan AMK Damansara, Firzan Hakimi menyerahkan memorandum bantahan terhadap kes rogol membabitkan rakan politik Muhammad Hilman.

(Adun) Gombak Setia, Hilman Idham berkenaan dakwaan kes rogol di Pusat Khidmat Masyarakat ParlimenGombak dan DUN Gombak Setia, Selangor. Foto SYAFIQ AMBAK, 11 MEI 2021.

Bagaimanapun mereka gagal demikian kerana kakitangan Muhammad Hilman enggan menerima sebarang dokumen membabitkan seteru politik Perikatan Nasional (PN).

Lebih malang apabila setiba sahaja mereka di pejabat Muhammad Hilman, kakitangan pusat khidmat itu menutup dan mengunci pagar utama bagi menghalang serahan memorandum dilakukan.

Dalam pada itu, AMK Selangor turut mendesak Muhammad Hilman menjawab beberapa persoalan, termasuk sejauh mana penglibatannya dalam kes rogol berkenaan.

“Jika tidak mengapa Adi Ikmal Isa bersungguh-sungguh memberi tekanan dan ugutan kepada mangsa rogol sebelum ini,” katanya.

Dzulhilmi juga mempersoalkan penglibatan Muhammad Hilman dalam pengambilan minuman beralkohol yang didakwa dihidangkan di tempat kejadian.

“Sebagai wakil rakyat beragama Islam, adakah YB Hilman terlibat dalam aktiviti yang melibatkan minuman keras di bilik karaoke selepas upacara makan malam itu,” katanya.

Setiausaha Politik kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri diminta menjelaskan sejauh mana hubungannya dengan mangsa rogol terlibat.

“Ini kerana dalam laporan polis pertama, mangsa mendakwa dia dan Hilman sudah lama berkenalan dan kerap keluar bersama,” katanya lagi. 

MG.

 


No comments: