DIA NI DULU AL MAUNNAH. HUKUM ORANG DERHAKA AGONG , BUNUH...MANA DIA DAPAT HADIS NAK BUNUH ORANG...LEBAI KELARAH BETOI.

 


Che Ibrahim sekolahkan ulamak PAS, jangan tafsir Al-Quran dengan akal semata-mata

Che Ibrahim sekolahkan ulamak PAS, jangan tafsir Al-Quran dengan akal semata-mata

Ambo terbaca satu status yang ditulis oleh seorang Ketua Segala Ulama Pas bagi Negeri Pahang yang menyeru mujahid siber Pas bangkit menentang kritikan ke atas kerajaan PN dengan memetik ayat ayat al quran yang menggambarkan seruan untuk berperang. Beliau menggambarkan seolah oleh kritikan kepada kerajaan PN adalah seolah olah telah memerangi kerajaan Islam PN.

Tafsirannya jelas bukan sahaja sahaja telah menyeleweng dari maksud sebenar ayat tersebut, bahkan telah menyalahguna ayat tersebut untuk provokasi dan seruan perbalahan dan permusuhan yang tidak kena pada tempatnya.

Ayat yang dinukilkan oleh Ketua Segala Ulama Pas negeri Pahang itu ialah perintah Allah untuk memerangi puak musyrikin Mekah di mana sahaja mereka berada dalam kota Mekah dan halau mereka keluar dari Kota Suci Mekah kerana kesyirikan dan penentangan mereka ke atas ajaran Islam.

Ulama sepakat mengatakan ayat ini khusus untuk memerangi musyrikin Mekah sahaja, bukan memerangi semua orang kafir dan musuh Islam di segenap penjuru alam. Islam melarang kita bermusuh dengan orang bukan Islam kecuali kita dizalimi atau musuh Islam menyerang negara Islam.

Ayat ayat tentang memerangi puak musyrikin Mekah ini banyak peringkatnya dalam al quran dan banyak telah dimansuhkan dengan ayat ayat selepasnya termasuk ayat ini telah dimansuhkan dengan ayat ( وقاتلوهم حتى لا تكون الفتنة….)

Kalimah (….واقتلوهم) dalam ayat ini bukan bermaksud membunuh semua musuh Islam di mana sahaja mereka berada. Ini adalah satu tafsiran melampau dan bukan dari ajaran Islam. Begitu juga ayat ( ….. واخرجوهم) bukan bermaksud mengusir orang Islam keluar dari bumi/negara yang mereka duduki. Tafsiran seperti ini bukan sahaja bercanggah dengan Islam, bahkan boleh mengancam keamanan dan keselamatan negara.

Kalimah ( الفتنة اشد من الفتل) bukan sekali kali bermaksud fitnah dalam bentuk tuduhan palsu, propaganda dan lain lain bentuk perang saraf yang sering tular dalam media sosial. Fitnah dalam ayat ini ialah merujuk kepada penentangan ke atas dakwah Islamiah, syirik dan kekufuran puak musyrikin Mekah ini lebih bahaya dan lebih mudharat berbanding memerangi mereka walaupun dalam bulan haram. Wpun berperang itu satu mudharat, tetapi mudharat syirik dan kufur mereka lebih besar lagi.

Apabila Mokhtar Senik menggunakan istilah “bunuhlah” yang dikaitkan dengan peperangan siber antara penyokong PN dan PH, maka jelas dan nyata beliau bukan aahaja menyalahguna ayat alquran untuk pertahankan kebatilan kerajaan PN, bahkan mentafsir ayat alquran secara salah bagi kepentingan politik parti yang beliau sokong.

Mengkritik salahlaku kerajaan dan menentang kebatilan pemerintah adalah satu suruhan dalam Islam, bukannya satu larangan dalam Islam. Jangan jadikan perbalahan politik sebagai perbalahan akidah dan syariah.

Che Ibrahim Mohamed








No comments: