PERMOHONAN PENGAMPUNAN DIRAJA ADA PROSEDURNYA

 

SHAMSUDIN NAWAWI








Ada terpandang video oleh Zaid Ibrahim tentang Pardon.

Dia kata itu Prerogative of Mercy oleh Agong dan Raja2. High Prerogative of Mercy....or something like that lah.

Itu betul.

Tapi kalau nak kata process itu tidak ada procedure tak betul lah.

Perlembagaan kita dan Akta Penjara telah tetapkan procedure nya.

Agong & Raja2 juga perlu bertindak ikut Perlembagaan dan Undang2. Maka itu lah sebabnya digelar Raja Berperlembagaan.

Dalam Perlembagaan ditetapkan mesti diadakan Pardons Board yang dipengerusikan oleh Tuanku sendiri. Antara lain Pardons Board itu akan bermesyuarat, pertimbangkan Petisyen yang dikemukakan, dapatkan nasihat dan pandangan ahli Pardons Board itu dan minta nasihat dan pandangan dari Peguam Negara.

Bukan macam cerita filem purba. Bukan macam cerita Sultan Melaka ampunkan Hang Tuah untuk tujuan suruh bertikam dengan Hang Jebat. Bukan sebab Sultan Melaka menyesal tersalah hukum Hang Tuah. Bukan ampunkan Hang Tuah sebab Hang Jebat handal sangat dan hanya Hang Tuah sahaja yang boleh kalahkan Hang Jebat.

Hang pun kalau nak percaya apa depa cakap, hang siasat lah dulu....

Nota mengenai gambar : Melayu tak hilang lagi, tapi Hang Tuah dah hilang pi mana tak tau...