TUUU DIAAA..GELARAN INI MEMANG SESUAI SEBAGAI MAT SAKAW.....YANG KERIAU BOSSKU MEMANG NAYA HABIS LA....HANGPA SEKUPANG PUN TAK DAPAT.....

 


71 cek RM15.2 juta dikeluar daripada akaun Najib pada 2011, mahkamah diberitahu




Pengurus cawangan AmBank R Uma Devi menamakan bekas Ahli Parlimen Sri Gading Aziz Kaprawi salah seorang penerima wang daripada Najib Razak.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi dalam perbicaraan Najib Razak berkait kes 1MDB diberitahu, sebanyak 71 cek bernilai RM15.2 juta dikeluarkan daripada akaun bank bekas perdana menteri pada 2011.

Pengurus Cawangan AmBank Jalan Raja Chulan, R Uma Devi, berkata semua cek dikeluarkan Najib berakhir dengan angka 694 itu diagihkan kepada beberapa individu, entiti dan pertubuhan politik antara Mac dan Disember tahun tersebut.

Mereka ialah bekas menteri pengangkutan Aziz Kaprawi menerima sebanyak RM100,000, Jacob Dungau Sagan (RM200,000), Fakhruddin Ariff (RM30,000), Idris Abu Bakar (RM50,000), Abu Bakar Harun (RM30,000), Ishak Mohamad (RM30,000), Melati Ali (RM39,500), Minah Wee Wat (RM5,000) dan Baijuri Faudzi (RM50,000).

Pertubuhan politik pula yang dikenal pasti menerima cek tersebut ialah Umno Bandar Tun Razak (RM200,000) dan Umno Indera Mahkota (RM200,000).

Manakala entiti menerima cek daripada Najib ialah Semarak Konsortium Satu Sdn Bhd, Orb Solutions Sdn Bhd, Qalif Umar Creative, Institut Terjemahan Negara Malaysia Bhd, Yayasan Rahah, Koperasi Wanita Pahang Bhd, Signature Exotic Cars Sdn Bhd, Shangri-La Hotel, Multi-Trans Sdn Bhd, Binsabi Sdn Bhd, World Vantage Enterprise, Zas Car Network Sdn Bhd, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, Icah Enterprise dan Jakel Trading.

Najib sedang dibicarakan atas 25 pertuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion yang didepositkan ke dalam akaun AmBanknya antara Februari 2011 dan Disember 2014.

Beliau yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas disabit bersalah oleh Mahkamah Persekutuan dalam rayuan rasuah SRC International bulan lalu, hadir di mahkamah hari ini.

Perbicaraan di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah disambung pada Selasa selepas pihak pendakwaan memaklumkan mahkamah Najib perlu berjumpa doktor pada sebelah petang.


No comments: