Ketika dimasukkan ke dalam bilik kecemasan hospital, seorang
guru masih lagi sibuk menyiapkan tugas permarkahan untuk anak muridnya.
Sandra A. Venegas, anak perempuan kepada guru berkenaan
berkongsi gambar ayahnya yang dilihat sedang menyiapkan kerja menerusi komputer
riba di atas katil hospital.
Guru siapkan kerja atas katil hospital
“Ini adalah ayah saya Alejandro Navarro, hari sebelum dia
meninggal dunia, dia masih bimbang untuk menyiapkan markah bagi laporan
kemajuan,” tulisnya.
Menurut Sandra ayahnya turut membawa komputer riba dan pengecas
sebelum dibawa masuk ke dalam bilik kecemasan untuk mendapatkan rawatan.
Berdasarkan gambar berkenaan, guru terbabit yang dilihat memakai
pelitup muka dan dikelilingi oleh pelbagai perkakas perubatan, duduk bersandar
di atas sebuah katil hospital sambil melakukan kerja menerusi laptop untuk
menyiapkan tugas terakhirnya sebagai seorang guru.
Kata Sandra, beberapa orang doktor datang bertemu dengan ayahnya untuk menjalankan ujian. Mereka memberitahu guru itu bahawa dia perlu membuat keputusan jika jantungnya berhenti, samada dia mahukan rawatan CPR dan intubasi dilakukan terhadapnya, atau dibiarkan sahaja pergi dengan tenang.
“Dia jawab soalan itu dan kembali meneruskan kerjanya menanda
markah,”
“Kali terakhir saya jumpa dia (ayah) pada hari Isnin, dan dia
menghabiskan masa 2 jam ketika saya di rumahnya dengan menyiapkan kerja. Saya
harap sangat pada waktu itu saya boleh tutup laptopnya dan menikmati masa
bersama,” kata Sandra.
Tambahnya lagi, ramai orang tidak sedar bahawa para guru
sebenarnya melakukan kerja lebih masa untuk menyiapkan tugas. Sama ada ketika
pandemik Covid-19, atau ketika krisis kesihatan, para guru masih risau untuk
menyiapkan tugas mereka.
Sandra juga berharap agar para guru tidak menjadikan tabiat suka
melakukan “kerja selepas kerja” dan janganlah berjaga lewat untuk siapkan
kerja.
“Kamu tiada galang ganti di tempat kerja, kamu tiada galang
ganti di rumah,” katanya.
“Ayah, saya akan sangat merindui ayah. I love u!” luahnya.