Pelik parti pak lebai, air jadi sumber gaduh
Ipohmali
Pelik membaca kenyataan Asatizah dan sebahagian Agamawan yang membela seorang MB yang jahil dalam kenyataannya akan melakukan halangan, mengalihkana aliran sungai hanya kerana tuntutannya itu tidak dipenuhi, Malah ada pemimpin mereka mempersoalkan apakah air itu halal..
Sedarkah mereka ketika mereka berbicara, Yang haram itu perbuatan MB Kedah..Bukan Pulau Pinang.. Samaada dari sudut Undang2..Hatta dalam Agama..
Di dalam Islam air yang mengalir ( Al Maa’ Jaariya الْمَاءَ الْجَارِيَ) dan Mengusahakan Tanah ( Ihya’ul Mawat ) yang tidak dimiliki itu hukumnya jelas didalam Islam.. Dalam isu Air umpamanya di dalam Hadis Nabi ﷺ, disebutkan…
الْمُسْلِمُونَ شُرَكَاءُ فِي ثَلَاثٍ: فِي الْمَاءِ وَالْكَلَأِ، وَالنَّارِ..
“Muslim berkongsi dalam tiga perkara, iaitu air, padang ragut dan api.”..
Bukan sahaja melibatkan padang rumput, tanah kosong hatta bahan bakaran(Api) itu dilarang dimonopoli, Begitu jugalah kalau ia melibatkan Air… Malah dalam jalur Hadis yang lain disebutkan..Meletakkan harga pada air itu adalah Haram.. Sabda Nabi ﷺ,…
(وثمنه حرام)..
” Dan harganya haram..”
2- AL MAA’ JARIYA ( الْمَاءَ الْجَارِيَ ) AIR YANG MENGALIR..
Sebahagian Ulama menafsirkan apakah air yang dimaksudkan di dalam Hadis Ini ? Apakah air yang telah diproses.. Atau ditapis.. Mahupun kawasan dan hak yang dimiliki.. Jelas di dalam Hadis yang disebut kata Ulama’..
قَالَ أَبُو سَعِيدٍ يَعْنِي الْمَاءَ الْجَارِيَ…
Abu said Mengatakan,
” Yang Dimaksudkan adalah Air Yang Mengalir “
Mungkin sebelum ini para asatizah dan Ulama PAS hanya mengenal perkataan Amal jariyah iaitu amalan yang mengalir nanti pahalanya diakhirat dan tidak mengenal maksud Al Maa’ Jariya yakni air yang mengalir.. Apa yang dimaksudkan Air yang mengalir..
Kata Ulama’..Sheikh Abdul Qadim Zallum, menyimpulkan Kitab al-Amwal fi Daulah al-Khilafah dalam perbahasan yang dinukilkan dari Kitab Al-Kharaj karya Abu Yusuf..
وعليه فإن البحاروالأنهار والبحيرات والخلجان والمضايق والقنوات العامة كقناة السويس والساحات العامة والمساجد تكون ملكية عامة لجميع لأفراد الرعية
“Maka dari hadis tersebut, sesungguhnya segala laut, sungai, danau, selat, teluk, dan terusan umum seperti Terusan Suez, juga lapangan umum, serta masjid-masjid, statusnya adalah milik umum (milkiyyah ‘aammah) yang menjadi hak Rakyat.. “
Maksudnya apa sahaja yang menjadi milik umum dari air yang mengalir secara semula jadi yg digunakan pesawah,Petani itu dilarang diletakkan harga atasnya..apalagi yang jadi Keperluan asasi rakyat..
Lebih teruk harga yang dituntut itu tidak ada sebarang usaha merawat, Menyimpan dan menyalirkan air itu sebagaimana bekalan air mentah Johor yang disalurkan ke Singapura melalui tambak Johor.. ianya semata mata Sungai semulajadi..
3- HAK AIR TIDAK BOLEH DI MONOPOLI TETAPI DIKONGSI SAMADA MUSLIM ATAU NON MUSLIM..
Sebagaimana yang dilakukan Kerajaan Pulau Pinang yang menguruskan sumber airnya dan menyalurkan kepada rakyatnya tanpa mengira kaum dan Agama.. Mereka menyalirkan air yang ditapis,Bersih dan lancar pada harga yang murah.. itulah yang dituntut dalam Agama dalam menjaga kemaslahatan rakyat…..
Begitu juga yang dilakukan oleh Kerajaan Selangor.. Dimana dizaman pemerintahan UMNO, Urusan air ini diswastakan dimonopoli kelompok tertentu..Lalu Kerajaan Selangor bertindak mengambil alih Syarikat Konsesi secara berperingkat dan mengagihkan air secara percuma bagi kegunaan dan Keperluan rakyat Bawahan..
Walaupun kitab kitab Fiqh lama masih membahaskan kedudukan hak ini membezakan antara Muslim dan Bukan Muslim.. Imam al-Sarakhsi di dalam Kitab Al Mabsut menyatakan..
النَّاسُ شُرَكَاءُ فِي ثَلَاثٍ ، وَهَذَا أَعَمُّ مِنْ الْأَوَّلِ فَفِيهِ إثْبَاتُ الشَّرِكَةِ لِلنَّاسِ كَافَّةً : الْمُسْلِمِينَ وَالْكُفَّارِ فِي هَذِهِ الْأَشْيَاءِ الثَّلَاثَةِ ، وَهُوَ كَذَلِكَ ، وَتَفْسِيرُ هَذِهِ الشَّرِكَةِ فِي الْمِيَاهِ الَّتِي تَجْرِي فِي الْأَوْدِيَةِ ، وَالْأَنْهَارِ الْعِظَامِ كَجَيْحُونَ وَسَيْحُونَ ، وَفُرَاتٍ ، وَدِجْلَةٍ ، وَنِيلٍ
فَإِنَّ الِانْتِفَاعَ بِهَا بِمَنْزِلَةِ الِانْتِفَاعِ بِالشَّمْسِ ، وَالْهَوَاءِ وَيَسْتَوِي فِي ذَلِكَ الْمُسْلِمُونَ ، وَغَيْرُهُمْ ، وَلَيْسَ لِأَحَدٍ أَنْ يَمْنَعَ أَحَدًا مِنْ ذَلِكَ ، وَهُوَ بِمَنْزِلَةِ الِانْتِفَاعِ بِالطُّرُقِ الْعَامَّةِ مِنْ حَيْثُ التَّطَرُّقُ فِيهَا ، وَمُرَادُهُمْ مِنْ لَفْظَةِ الشَّرِكَةِ بَيْنَ النَّاسِ بَيَانُ أَصْلِ الْإِبَاحَةِ ، وَالْمُسَاوَاةِ بَيْنَ النَّاسِ فِي الِانْتِفَاعِ لَا أَنَّهُ مَمْلُوكٌ لَهُمْ فَالْمَاءُ فِي هَذِهِ الْأَوْدِيَةِ لَيْسَ بِمِلْكٍ لِأَحَدٍ..
Dan di dalam hadis ini terdapat ketetapan bahawa manusia Manusia itu berkongsi baik muslim maupun kafir (kafir zimmi) dalam tiga hal tersebut. Demikian juga penafsiran perkongsian ini dalam hal air yang mengalir di lembah dan sungai besar seperti Jihun, Sihun, Eufrat, Tigris dan Nil.
Maka pemanfaatannya seperti pemanfaatan matahari dan udara… Muslim dan Non-Muslim memiliki hak yang sama. Tidak diperbolehkan seorangpun menghalangi orang lain dari pemanfaatan itu. Statusnya seperti pemanfaatan jalan umum untuk berjalan di sesuatu jalan.. agaknya bagaimana kalau ada pemimpin Pulau Pinang mengatakan, Kedah perlu membayar kos penyelenggaraan Jalanraya yang melintas Pulau Pinang ke Kedah.. Dah tentu orang akan kata, Pemimpin itu Jahil..
4- HUKUM MENGHALANGI SALIRAN AIR…
Sebagaimana disebutkan dalam maksud air yang mengalir yang menjadi hak pesawah,Petani dan Penternak..Begitu juga halnya dalam menyentuh Keperluan Rakyat..
Pemimpin boleh berbincang soal kemaslahatan atau pembagunan sumber air..Perkongsian sumber kewangan, Atau apa saja kos yang diperlukan dalam Pemuliharaan sumber air.. Tetapi bukan menjual air yang Mengalir secara semula jadi, seperti Sungai.. Apalagi ianya sudah terikat dengan Perjanjian…
Bagaimana seorang pemimpin parti Islam boleh mengeluarkan kata kata yang bukan saja Jahil dan Bodoh..Tetapi Jahat.. Ia menyalahi prinsip Islam dan akhirnya memberi kesan buruk pada Agama…. walaupun dalam satu kaedah Fiqh disebut..
الأصل في مال الغير التحريم
“Hukum asal bagi mengambil harta orang lain adalah haram.”
Biarpun mengikut Kaedah Fiqh asal pada perbuatan mengambil hak orang Itu dilarang..Tetapi ia berbeza dengan air yang mengalir..
Bukan saja meletakkan harga itu Haram..Tetapi perbuatan Menghalang itu juga satu Dosa.. Sebagaimana hadis Nabi ﷺ,..
مَنْ مَنَعَ فَضْلَ مَائِهِ، أَوْ فَضْلَ كَلَئِهِ مَنَعَهُ اللهُ فَضْلَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ..
: “Barangsiapa yang melarang manusia dari kelebihan air yang dia miliki atau dari sisa tanaman rumput liar miliknya, maka Allah akan melarang (menghalanginya) dari anugerah-Nya di hari kiamat.”
5- PEMIMPIN YANG JAHIL DAN JAHAT..
Bila kita melihat kejayaan Pulau Pinang menguruskan sumber air mereka yang terhad pada harga yang paling murah,Kualiti air yang paling bersih.. Sebenarnya ia menzahirkan kegagalan pemimpin dikalangan Melayu Islam terutama PAS..
Soal menjaga kawasan tadahan air..Hutan Simpan..ianya menjadi kewajipan pemerintah..Bukan persoalan air itu mahu dialirkan kepada rakyat Pulau Pinang atau Perlis..Hatta rakyat Kedah sendiri berhak menerima air yang bersih… Malangnya Kerajaan yang dipimpin Ulama dan Parti Islam inilah mempunyai pengurusan air yang teruk dan kotor sebagaimana di Kelantan…
Tapi Nabiﷺ, Sudah Ingatkan kita.. hari ini Allah zahirkan di depan kita gambaran Kelompok ruwaibidhah.. Bukan sahaja akan munculnya kelompok Khawarij dan Ulama Jahat dan kelompok سُفَهَاءُ اْلأَحْلاَمِ (mereka yg Bodoh) Tetapi akan datangi kelompok yg dimaksudkan Nabi tentang kelompok Ruwaibidhah..
Pada sudut bahasa , Ulama mendifinisikan kelompok ini dikenal sebagai “ashaghir” , mereka yg lemah dalam hal keduniaan.. diambil dari kata Ar-Rabidh, ciri ciri mereka ini takfirul hukkam wal muslimin (pengkafiran terhadap penmerintah dan kaum muslimin), Kelompok ini datang dengan bermudah mudah mengkafirkan Pemerintah dan Kaum Muslimin.. dan inilah realiti yang berlaku dalam Politik kita hari ini..
Ditanya kepada Nabi ﷺ,. Siapakah kelompok Ruwaibidhah? jawab nabi..
الرَّجُلُ التَّافِهُ يَتَكَلَّمُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ…
“Orang Bodoh yang membicarakan urusan manusia(Masyarakat/Politik)…”