ISMAILY BUNGSU
BANGSA kita terlalu dimanja. Asyik BANTUAN. Kalau boleh beras kopi gula dihantar ke rumah tanpa usaha.
Budaya ini bermula di rumah sendiri. Anak diajar demikian dan kesannya TERBIASA hingga menjadi budaya.
Bila menjadi budaya kesannya kala anak membesar beranak pinak kerajaan pula jadi ibu bapa seolah kerajaan semacam kerajaan kebajikan.
Bila jadi amalan dan tidak diamalkan oleh kerajaan, rakyat akan tolak kerajaan itu tidak undi parti memerintah dan kesannya kerajaan pilihan jadi terusan kerajaan korup dan timbul beribu masalah.
Demikian hakikat sebenar harus difahami budaya semacam ini cukup bahaya membunuh negara bangsa sendiri.
Orang bugis awal datang jadi ketua di TAWAU lama lantikan sir Dunlop. Mereka peniaga dan kaya sebab bangsa rajin telus jujur ikhlas.
Orang cina berkurun2 tinggal malaysia punya buku cara niaga sejak 500 tahun dahulu.
Cina memang jenis rajin cari harta, bekerja keras dilatih sejak kecil membantu ayah ibu di kedai hingga sebutan tauke itu milik bangsa cina.
Sekarang bangsa pakistan dan PTI pula berniaga buka kedai runcit di mana2 kempung, perumahan tumbuh macam kulat.
Adakah mereka dapat bantuan dari kerajaan dan kenapa mereka kaya raya maju terus tanpa meminta2 seperti orang kita?
Memang meminta2 itu kurang manis kecuali insan terpaksa misal miskin tua tak upaya itu HARUS dibantu tapi jika muda perkasa gagah sihat guna HP jenama samsung apple perlu dibantu jugakah?
Orang kita ini sensitif bila dikata asyik bantuan dan mesti usaha sendiri terus mengamuk marah2 hingga keluar kata makian hinaan buat pemimpin dan akhir pemimpin yang pimpin ditumbangkan padahal niat lontaran kata ada maksud baik.
Maksud baik selalu berlaga dikata tak baik dan begitulah dan biasa kalau tentulah kerajaan disalahkan konon kerajaan tak prihatin alias BAKUL TAK MUNCUL2.
Makanya hidup ini kena usaha kerja keras dan firman Allah setelah solat BERTEBARANLAH MENCARI REZEKI di mana2 cukup popular bukan berpeluk tubuh ramaiti umpat caci hina mereka yang membantu kita.
Kekadang hidup ini kita hadapi suasana MELEPASKAN ANJING TERSEPIT dan budaya semacam ini terus menghantui kita kesanya terjadi pesta cucuk mencucuk, hina menghina dan itu sebab lahir kata BANTU DIRI SENDIRI DULUAN.
Bantu diri sendiri dulu hingga kata senang tak susah dan sesudah itu baharu orang kita dan orang lain jika benar2 perlu sebalik jika tidak demikian bangsa kita terus hidup susah kesan BUDAYA PENGASIAN tadi.
“ Betul juga, jika diri kita susah gimana bantu orang lain dan budaya meminta2 memang dilarang.
Kata orang tangan di atas lebih baik banding tangan di bawah” demikian kata kawan saya tika sembang kelmarin.