GAMAKNYA NAIK SERAM AKAN DICOP DERHAKA...MAN KASTAM MULA UBAH PENDIRIAN

 


Selepas anak tafsir titah Agong, Razman setuju pula parlimen dibuka


Selepas anak tafsir titah Agong, Razman setuju pula parlimen dibuka

DAULAT TUANKU

Patik mewakili saff kepimpinan dan ahli PAS Negeri Perak menjunjung kasih dan menyokong penuh keputusan Majlis Raja-Raja yang bersidang pada 16 Jun 2021 yang lalu.

Patik yakin dan percaya bahawa besar harapan bagi pembukaan parlimen ini supaya dapat mencapai hasrat untuk memutuskan rantaian COVID-19, memulihkan ekonomi seterusnya mewujudkan kestabilan politik.

Seruan juga dizahirkan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk bersatu memulihkan semula negara yang tercinta ini susulan pandemik COVID-19 yang menimpa negara sejak tahun lepas.

Semoga negara Malaysia yang kita kasihi dan sayangi bebas daripada wabak COVID-19 seterusnya kita semua dapat kembali meneruskan kehidupan seperti biasa serta suasana kembali menjadi normal.

YB Haji Razman Zakaria
Ahli DUN Gunong Semanggol
Exco Kerajaan Negeri Perak
Pesuruhjaya PAS Negeri Perak


No comments: