JANGAN TERLALU MUDAH PERCAYA PADA SESEORANG..SELAMAT BERKONGRES PADA 20HB.

Sempena Kongres Nasional Tahunan KEADILAN 2020, saya mengucapkan selamat berkongres kepada Perwakilan KEADILAN di seluruh pelusuk tanahair.

KEADILAN akan menganjurkan Kongres Nasional Tahunan KEADILAN yang ditangguh sebelum ini pada tarikh baharu 20 Jun 2021, mulai dari jam 9.00 pagi sehingga 2.00 petang.

Pelaksanaan Kongres ini adalah secara dalam talian sepenuhnya tanpa melibatkan aktiviti berkumpul secara fizikal, di mana 2,000 perwakilan akan sertai menerusi aplikasi Zoom dari rumah masing-masing.

Selain itu juga, saya turut memanjangkan jemputan daripada Sekretariat Kongres Parti Keadilan Rakyat kepada segenap lapisan rakyat Malaysia untuk mengikuti perjalanan Kongres ini menerusi siaran langsung di Facebook Parti yang mana pentasnya akan disempurnakan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kongres KEADILAN kali ini akan memfokuskan bicara yang meliputi isu utama tanahair termasuk ekonomi, kesihatan awam dan pemulihan demokrasi di negara kita.

#KongresKEADILAN #KEADILAN #PartiKeADILanRakyat #Malaysia




 


No comments: