Ahli Parlimen Wangsa Maju, Tan
Yee Kew mengajak rakyat menuntut ganti rugi bagi yang terkesan dengan gangguan
bekalan air yang berlaku di Lembah Klang sejak kebelakangan ini.
Beliau berkata, tuntutan itu
adalah bagi memastikan pihak berkuasa berasa lebih bertanggungjawab serta
membela nasib rakyat yang sering menjadi mangsa ketiadaan bekalan air bersih.
"Sekiranya anda merasakan
gangguan bekalan air yang berterusan ini menyebabkan anda mengalami kesulitan,
tekanan, penderitaan dan kehilangan pendapatan, marilah sertai kami untuk
mengambil tindakan tuntutan terhadap pelaku pencemaran serta jabatan, agensi
kerajaan dan GLC yang terlibat bagi mendapatkan pampasan sewajarnya.
"Kami menuntut pencapaian
yang lebih baik daripada pihak yang terlibat," katanya.
Yee Kew turut memuat naik notis
penerangan untuk memudahkan orang ramai memahami bagaimana untuk menuntut ganti
rugi bagi gangguan bekalan air.
Sebarang pertanyaan boleh berhubung
di talian 03-41444342.