ULANG TAYANG VIDEO: Bicara Husam semalam pasal Malaysia Baru menunjukkan beliau kelas pemimpin nasional




MD ZULAIMI KAZIN

Pemikiran yang dilontarkan melangkaui batas kepartian yang penting kedudukan Malaysia perlu distabilkan terutama dalam masa pendemik ini. Muhyiddin dan Azmin serta PN telah gagal dan rakyat makin terasa. Tiada solusi ekonomi yg meyakinkan dan masa ini perlu duduk bersama menaikkan Anwar sebagai PM. Elakkan perseteruan dan sebaiknya damaikan dulu keadaan sebab itu Anwar yang dipilih oleh Husam atas sifat Anwar yang terbukti dan teruji sentiasa memaafkan pihak yang memusuhi dan menghina beliau.

Taraf Husam itu bukan berniat nak jadi Hero kpd Anwar spt dakwaan yang dibuat oleh kuncu Bukit Aman. Suara beliau adalah kepentingan negara sbb itu sekali lagi beliau sebut semalam kalau boleh beliau ingin sangat Pas turut bersama. Beliau tetap tegaskan prinsipnya mandat rakyat perlu dipertahankan iaitu PH yg ada 92 kerusi mesti jd anchor kpd kerajaan yg membina Malaysia Baru nanti.

 



No comments: