‘Kuasa rakyat, kuasa keramat’
Ipohmali
Melihat keadaan Politik di Thailand hari ini, Anak muda yang bangkit untuk protest di jalanan terhadap Istana Thailand, ianya lebih asas Ekonomi..Sebagaimana kebangkitan anak muda di Indonesia…
Mungkin ada sahabat yang faham apa yang aku pernah sentuh dalam tulisan aku sebelum ini..Apa Yang berlaku di Thailand itu mengingatkan aku kepada Titah Almarhum Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang cukup bijaksana.. dalam satu ucapannya kepada graduan… Apa titah Sultan Azlan Shah..
“ Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat.
Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya ”
Ini adalah Ucapan Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980…
Hebatnya Titah Sultan negeriku, Sultan Perak.. Dan atas sebab itu aku mengharapkan sentuhan Sultan Perak hari ini yg bijaksana Sultan Nazrin Shah dalam menyelesaikan krisis Politik.. rasanya Sultan Nazrin shah cukup faham keperluan kerajaan yang stabil bagi mengurus kesan Ekonomi yang bakal kita rasakan tidak lama lagi..