FILEM YANG MENGARUT




IBRAHIM MAT ISA


Oleh kerana aku mengaji bidang komunikasi dan filem, bila ada kontroversi terkaitan filem terbaharu aku kena view dan dapatkan info.

Tajuknya agak pelik - Mentega Terbang.

Mulanya aku ingat slanga, ataupun broken language. Aku cari istilah Melayu berkenaan terbang sikit pun tak menyambung dengan mentega.

Point pertama aku mark dah, director filem tu kepala sewel tak faham bahasa.

Huh! Sepanjang menonton memang aku maki sumpah seranah segala bagai. Sengsorang je aku maki, tak tuju kat sapa². Sebenarnya aku kesal sangat kenapalah ada pemahaman yang pelik dalam pengetahuan ilmu agama pembawa watak filem ni? Dengan director pun boleh pi setuju nak direct, seolah-olah depa dah berjaya la kununnya menerbitkan sebuah karya buat orang puas hati? Porah pi mampoih...

Bagi aku, tetap berpegang kepada falsafah filem iaitu refleksi kepada dunia nyata. Kalau ada sebilangan kecil yang menyeleweng atau di luar nalar dan norma hidup setempat, itu tidak wajar diangkat untuk dijadikan tema.

Apa ke benda yang pengarah filem ni nak bawa? Konsep Reincarnation? Perlambangan suatu badan berkaitan agama dengan binatang yang diharamkan? Persoalkan hal agama dengan teori kepala hotak director yang separuh masak hal agama? Orang Melayu mudah terpengaruh dengan kitab Bible? No way!

Aduh, banyak persoalan. Aku rasa macam nak buat video saja menjawab apa yang teruk pasai filem mentega basi tu.

Mujur filem itu tidak ditayangkan di pawagam. Jadi tak perlu urusan LPF. Tapi walaupun begitu, ia sudah berlegar di internet dan katanya sudah masuk list Netflix ke apa... Entah, aku jarang buka Netflix - tak tahu.

Cuma satu sahaja yang aku perasan, selain cuba mengheret orang Islam supaya sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta mengabaikan perihal agama, soal hukum, soal iman dan tauhid, medium filem seumpama ini terlalu direct untuk mengumban umat Islam ke lubang biawak. Jadi mudah kita perasan dan mudah counter balik.

Saran aku, lebih baik hangpa tonton filem aksi sains fiksyen dan rekagrafik berteraskan AI yang tulen hangpa tak bosan sebab dah tau itu cuma hiburan.

Bagi yang memahami agamanya yang benar berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah, soal ini gampang untuk mempertahan hujah bahawa kehidupan umat Islam di Malaysia tidak seperti yang cuba digambarkan dalam mentega terbang.

Aku bagi Mentega Terbang lima bintang sebagai filem berserabut dan teruk level jamban di Malaysia!