NORMAN RADZUAN
Tidak benarkan ahli politik berceramah di Masjid & Surau
RAJA2 MELAYU BERTINDAK BETUL DEMI KEHARMONIAN
Kenyataan beberapa Raja2 Melayu melarang ahli politik berucap,
berceramah atau memberi kuliah di Masjid dan Surau2 adalah sgt tepat demi
keharmonian negara. Ini kerana rumah Allah telah lama menjadi tempat ahli2
politik menabur fitnah kebencian antara kaum.
Apa yg saya dpt lihat selain melarang ahli2 politik berceramah
di dlm masjid… Raja2 Melayu sering menasihati jgn memainkan sentimen perkauman.
Jelas Raja2 Melayu dpt melihat apabila ada parti2 politik akhir2
ini begitu ekstrim mencari pengaruh politik dgn menghasut dgn isu2 perkauman.
Ia sgt tidak baik utk keharmonian negara yg demografinya dihuni oleh pelbagai
kaum.
Semalam ramai yg terkejut apabila di Terengganu atas titah
Sultan Mizan, tidak membenarkan ahli2 politik berceramah atau memberi kuliah di
Masjid dan Surau2.
Sebenarnya sebelum ini Sultan Perak dan Sultan Selangor telah
pun menitahkan tidak dibenarkan ahli2 politik berceramah di dlm masjid.
Pun begitu ada ahli politik yg tidak berpuashati. Ini kerana
‘modus operandi’ mereka sejak sekian lama menghasut rakyat dan ‘cari makan’ di
masjid kita tifsk boelh berbuat demikian lagi. Akhirnya mereka fitnah
mengatakan ia adalah sekatan politik dari kerajaan2 negeri yg memerintah.
Ia satu fitnah jahat utk menghasut rakyat sdgkan mereka tahu ia
adalah perintah dari Raja yg menjadi ketua agama di negeri masing2. Saya tidak
hairan kerana baru2 ini pemimpin mereka mendakwa titah perasmian istiadat Agong
disediakan kerajaan dan akhirnya memohon maaf.
Selain Sultan2, Yang Dipertuan Agong juga bertitah, “Saya memang
tidak membenarkan mana2 pihak berpolitik dlm rumah Allah, jadilah ini sebagai
satu ingatan kpd kita semua, dan saya harap tidak ada yg mempertikaikan arahan
ini. Ia utk kesejahteraan dan kebaikan bersama kita umat Islam dan Orang
Melayu.
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Munawir bertitah,
“Beta berharap supaya tiada lagi pemimpin yg membangkitkan isu perkauman atau
agama dgn tujuan utk menghasut masyarakat.
Signifikan titah Raja2 Melayu mengenai perkara tersebut kerana
sememangnya masjid2 telah menjadi medan utk menghasut pemikiran rakyat.
Alhamdulillah dan terima kasih Raja2 Melayu yg bertindak tegas kpd isu2 seperti
ini.
———————————————————————————-
Bagi saya kekuatan pihak parti2 pembangkang utk mendoktrin
pemikiran org Melayu dgn menggunakan dua kaedah.
Pertama menggunakan cara konvesional iaitu melalui masjid2 di
seluruh negara. Kedua menggunakan teknologi yg ada utk menabur fitnah.
Kerana kelebihan itulah mereka mendapat peluang lebih terbuka
menghasut kebencian perkauman. Apatah dgn memperdagangkan agama dgn membaca
beberapa ayat suci Al Quran.
Menggunakan hukum wajib, haram, sunat, makruh yg sudah menjadi
sinonim dlm kehidupan bermasyarakat. Malangnya ia digunakan utk kepentingan
politik yg boleh berubah rubah.
Satu lagi kelompok generasi muda yg menganggap apa sahaja
informasi di telefon bimbit adalah benar dan disebarkan. Akhirnya org Melayu
kerana terhasut dgn apa didengar tanpa mahu menilai dgn akal fikiran percaya
hingga mereka lupa korupsi dan ketidakmampuan pemimpin mereka utk menguruskan
negara.
Lihat sahaja isu2 yg dibawa di Parlimen atau di luar Parlimen.
Apa yg dibahaskan langsung tidak membantu ekonomi negara yg sudah tenat dgn
bebanan hutang melebihi 1 trillion.
Mereka dihasut dgn kerajaan 22 bulan yg telah disabotaj. Sdgkan
mereka lupa kerajaan 33 bulan jauh lebih gagal. Mereka lupa kerajaan hampir 30
tahun sehingga sekarang tidak mampu memberikan air yg bersih, menguruskan
negeri dgn baik hingga terpaksa bergantung sepenuhnya kpd kerajaan pusat.
Sewajarnya pembangkang patut menjadi ‘check and balance’ kpd
kerajaan. Malangnya selepas ‘dididik’ menjatuhkan kerajaan tanpa demokrasi pada
2020 dahulu…mereka kini fokus utk menghasut pemimpin2 politik utk menjatuhkan
kerajaan.
Akhirnya sampai bila2 ekonomi negara tidak akn stabil. Sangat
memualkan dari mulut seorang pemimpin pembangkang berkata, “Orang tanya bila
berlaku ini. Ini ramalan. Insya-Allah, (akan berlaku) dlm masa terdekat,".
Walaupun impian kemaruk kuasanya itu tidak lojik di akal… yg
lebih penting dari itu utk apa dia cuba melakukan provokasi? Utk menghilangkan
kepercayaan pelabur?
Ingin ajak berhujah secara akademik, saya pasti dia tidak mampu.
Cuma ingin bertanya apakah dia tidak nampak pelaburan yg mula hadir? Pemimpin2
dunia mula mengunjungi PMX utk melabur berbillion ringgit.
Tanya saya bukan sahaja kuasa yg diinginkan mereka TETAPI
pembangkang kepanasan dan semakin bimbang salah guna kuasa yg semakin hari
semakin terbongkar.