Annuar Musa bakal didakwa kerana langgar SOP PKP?

 

Annuar Musa bakal didakwa kerana langgar SOP PKP?


Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa digesa untuk memohon maaf dan menerima hukuman atas tindakannya yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan pandemik COVID-19.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata tindakan terhadap Annuar akan membuktikan bahawa tiada penguatkuasaan “dua darjat” melibatkan rakyat biasa dan juga ahli politik.

“Mengapa Annuar Musa, yang melanggar SOP secara terang-terangan tidak dikenakan tindakan? Apakah alasan beliau tidak dikenakan undang-undang?

“Adakah para menteri individu berstatus maksum sehingga apa sahaja yang mereka lakukan dibiarkan terlepas begitu sahaja?” soal Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Gesaan itu dibuat selepas gambar Annuar bersama enam yang lain duduk di dua meja jamuan tersebar dalam talian.

Foto itu memaparkan sepanduk menyambut Annuar ke majlis program Pertanian Bandar bertarikh 13 Februari yang digantung di belakang menteri itu



No comments: