In susulan Annuar dituduh ingkar prosedur operasi standard (SOP) PKP kerana makan semeja bersama enam yang lain.
“Sedangkan SOP hanya benarkan dua orang sahaja.
“Sekali lagi Annuar bagi alasan dia cuma duduk sebentar sebelum bergegas pergi kerana penganjur tidak kut SOP.
“Kalau sudah tahu tidak ikut SOP kenapa duduk juga di situ walau sebentar. Mana logiknya,” soal Puad pada hantaran di media sosial.
Jelas Puad, kelakuan menteri itu menunjukkan budaya orang yang tidak mahu mengaku salah.
“Ada sahaja alasan yang diberi untuk tidak mahu mengaku salah,” kata Puad.
Malaysiakini telah menghubungi Annuar untuk mendapatkan maklum balasnya.
Puad juga mendakwa sebelum ini, Annuar dituduh ingkar SOP yang melarang berjoging lebih dua orang dari rumah yang sama.
Ini selepas tersebar gambarnya berjalan dalam kumpulan secara bertiga ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).
Annuar kemudian mendakwa bahawa ketiga-tiganya telah berjalan di jalan yang berbeza, dan saling bertembung secara kebetulan.
Menteri itu menafikan dirinya melanggar SOP ketika bersenam.
“Terkial kial Annuar mencari alasan kononnya mereka bertiga datang dari arah berbeza tetapi bertembung secara tidak sengaja.
“Pandai cari alasan. Soalnya kenapa terus jalan bersama? Tiga tiga pakai tongkat tetapi tidak pakai face mask. Ada-ada sahaja alasan,” kata Puad lagi