Kak Ida Abdullah
Saya pernah menulis mengenai fitnah terhadap DS Anwar Ibrahim oleh orang-orang yang mengenali diri mereka sebagai orang Melayu dan mengakui diri mereka sebagai seorang Islam. Yang bukan Melayu dan Islam saya tak kisah la sebab saya tak tahu sangat mengenai hukum fitnah dalam agama mereka. Tapi mereka tak pula memfitnah dan mengeji DSAI walau mereka tidak beriman dengan Allah dan Rasul. Paling teruk pun komen mereka ialah DSAI cakap besar atau tidak boleh dipercayai. Itu biasa la...
Tetapi yang mencerca, mengeji, mencarut jijik ni yang Melayu Islam lah! Yang dok dabek dada sopan, berakhlak, beriman. Kalau yang haji atau lebai tu lagi celupar mulut macam minta selipar sahaja!
Jika cybertrooper kita faham, dia memang cari makan cara macam tu. Hina Anwar, dibayar.. Maki PH, dibayar. Yang saya meluat tengok tu ialah lelaki dan perempuan tua yang tak ingat kubur, amboi lebih lantang mencarut.
Dengar sini baik-baik:
Azizan (saya tak ingat nama ayah dia, tak apa sb yg jahat dia) yang menuduh Anwar Ibrahim meliwatnya telah #MEMBERSIHKAN nama Anwar Ibrahim dalam mahkamah apabila Lawyer Christopher Fernando bertanya kepadanya 3 kali berturut-turut samada Anwar meliwatnya atau tidak. Jawapannya TIDAK, 3X. Jika liwat I itu, satu pembohongan utk membunuh karektor Anwar oleh Mahathir, Liwat II adalah rencana Najib ketika dia berkuasa mengekang kemaraan Anwar. Kamu semua adalah pemfitnah yang jahat, menyebar sesuatu yang tidak benar dan paling celaka, menggunakan Islam pula untuk menguatkan tuduhan kamu. Kamu semua bukan sahaja berdosa dengan Anwar kerana memfitnahnya sedang dia tak kenal pun siapa kamu, kamu semua berdosa dengan orang-orang yang kamu pengaruhi dan kamu berdosa dengan Allah kerana Allah memurkai pemfitnah.
Saya menulis sekadar mengingatkan agar kamu semua insaf atau tunggulah balasan untuk pemfitnah yg sombong.
Kamu semua adalah contoh Melayu bangsat yg tidak menyumbang apa-apa kepada agama dan bangsa selain dari mempamirkan akhlak jelek dan mengelirukan org bukan Islam terhadap Islam dan membuat mereka menjauhkan diri dari Islam!
Mahukah orang Melayu menjadikan fitnah sebagai satu budaya dan peradaban Melayu masa hadapan? Yang suka memfitnah dan diberi amaran oleh Allah dalam al Quran adalah golongan Yahudi. Sejahat-jahat Yahudi, mereka TIDAK memfitnah bangsa dan agama sendiri. Kamu mengaku Melayu, beragama Islam tapi tidak malu memfitnah dan mencerca saudara sendiri.
Yang terang-terang merompak dan sedang dibicara kamu pertahankan pula, oh tidak bersalah kerana belum jatuh hukuman lagi! Sedangkan yang dirompak khazanah negara hak rakyat, hak kamu, anak cucu kamu! Apa ke bodoh nya kamu? Yang patut kau bising menuntut hak kau senyap, fitnah kau sebar!
Sebab itulah bangsa kamu ketinggalan dalam serba hal kerana kamu membiar minda kamu diliwat oleh perkara dusta dan nista. Hati kamu berulat kerana benci bertahta. Kamu Melayu manusia kufur nikmat kerana bangsa lain tidak dilahirkan sebagai Islam. Itu kurniaan Allah terbesar kepada hamba TAPI kamu mensia-siakannya dengan menjadi pengikut syaitan!
Negara kecil yang dikurnia Allah SWT pelbagai khazanah, bumi, laut dan udara sudah membolehkan kamu menjadi antara rakyat terkaya dunia, tetapi bangsa Melayu bangsa merempat kerana apa? Kerana kamu suka pada perkara sia-sia dan membiarkan semua khazanah dibolot oleh orang-orang yang sentiasa memperbodohkan kamu agar teralih pandangan kamu supaya mereka boleh terus merompak. Kemudian mereka melempar secebis daging untuk kamu seperti BR1M yang kamu sangat gelojoh menerkam, beratur panjang berterima kasih, mencium tangan pemimpin yang merompak hak dan keselesaan hidup kamu!
Semuga pemfitnah selama mana sombong tidak mahu bertaubat akan tidak merasa ketenangan rohani dan merempat meminta-minta kerana melarat akibat memilih jalan hidup yang JAHAT!