SUDAH-SUDAHLAH PERCAYAKAN OT95. JANGAN BUKA RUANG UTK DIKHIANATI
LAGI...MOVE FORWARD..!!
**************************
DR DZULKIFLY JANGAN CEMARKAN BODY ANDA
Saya rasa tidak perlu untuk sesiapa pun dari PH membuka cerita
memberi harapan dan peluang kepada OT95 walaupun untuk dia mainkan peranan apa
sekali pun. Kenyatan berupa padangan ikhlas daripada Dr Dzulkifly Ahmad yang
memberi tahu OT95 boleh berperanan dalam PH rasanya tidak perlu disebut kenang
lagi. Cukuplah, riawayat politiknya perlu dihabisi.
Dzulkify menarik perhatian itu dalam satu temuramah dengan
sebuah portal.
Walaupun dia boleh memainkan peranan penting, tetapi dengan
melibatkannya menyebabkan luka lama akan berdarah kembali. Jadi usahlah Dr
Dzulkifly cuba pipihkan lada kepada burung yang memang pelahap. Jangan lada
tersambar jari pula yang terluka.
Dzulkifly kata OT95 tidak lagi calon PM dalam pilihanraya ke 15
tetapi tidak menolak dia boleh dilantik jadi menteri mentor, tak payahlah, PH
tidak perlu kepada mentor mante cukup berdiri dengan sendiri. Bagi saya lebih
baik ajak Najib Razak untuk bersama berbanding dengan OT95.
Dia manusia yang tidak boleh dipercayai dan diharapkan lagi. Dia
seperti anjing terjepit yang akan menangis ketika sakit dan akan menyalak dan
mengigit apabila terlepas.
Maaflah, biarpun PH menang kalau dengan pertolongannya, tetapi
bagi saya kemenangan itu tetap tidak halal, lebih baik seribu kalah daripada
menang dengan pertolongannya. Walaupun daging babi banyak lemah tetapi ia
haram. Cukuplah untuk jadi bodoh dua kali jangan sampai berkali kali.
Minta kepada mana mana pihak dalam PH usah bercakap dan mahu
bergantung harap kepada OT95 lagi. Percaya dan yakinlah, peluang dan nasib baik
kepada seseorang itu tidak akan berulang sampai tiga kali. Sebaik baik tindakan
kuburkan sahaja pengharapan dan rasa penyanjungan tinggi kepada orang seperti
itu. Jangan kerana dia lantik kita jadi menteri kita terus bersujud sawi
kepadanya. Hormat dan sanjung ada batas mentaranya.
Dzulkifly pula jangan anda cuba menjadikan diri anda seperti Lid
Lid Gun ataupun macam Salahuddin Ayub atau pun Mat bin Sabu. Lebih baik percaya
kepada diri sendiri daripada percaya kepada orang lain terutamanya seperti
OT95. Trims.
- MSO