ANWAR TIDAK BOHONG

 

Faezuddin Puad

1. 22 September 2020, Presiden Keadilan, Anwar Ibrahim dengan yakin mendakwa ada majoriti kukuh dan umum kerajaan PN pimpinan Muhyiddin tumbang.

2. Sokongan yang ada pada beliau menyakinkan dan kukuh. Kerajaan yang bakal ditubuhkan pula merupakan kerajaan majoriti melayu-Islam yang tidak mengabaikan hak-hak kaum lain. 

3. Selepas daripada itu ramai yang sinis. Ada yang tak yakin. Ada yang kata Anwar Ibrahim sekadar sembang kosong atau bercakap bohong. 

4. Selepas tiga bulan berlalu, hari ini Annuar Musa mendedahkan bahawa Zahid Hamidi, Presiden UMNO sememangnya ada memberikan sokongan bertulis kepada Anwar Ibrahim.

5. Kemudiannya sokongan bertulis itu benar-benar dipersembahkan kepada Yang DiPertuan Agong.

6. Patutlah banyak kebetulan terjadi susulan pengumuman Anwar Ibrahim 3 bulan yang lalu. Kebetulan tiba-tiba ada PKPB di Selangor. Kebetulan juga tiba-tiba Muhyiddin mencadangkan kepada Yang Di-Pertuan Agong supaya melaksanakan Darurat.

7. Rasanya sekarang ini semua mulai faham akan kebetulan yang berlaku. 

8. Apa-apa pun, maknanya selama ini dakwaan Anwar Ibrahim bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti yang kukuh dan menyakinkan adalah benar. Kerajaan Muhyiddin sepatutnya tumbang juga benar.

9. Ternyata Anwar Ibrahim tidak berbohong kepada Rakyat Malaysia. 


Wallahualam.