HELLO MENTERI, KES TU KECIK SAJA...BANYAK MENTERI KENA TENGOK LA ...BALAK MACAM MANA...

Tak dak sivik punya wanita..rumah dia penuh sampah pa....


Menteri harap wanita buang sampah ke sungai tampil mohon maaf


Menteri harap wanita buang sampah ke sungai tampil mohon maaf

Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man meluahkan rasa kesal ke atas sikap individu yang dirakam membuang sampah dari kereta ke sungai seperti tular di media sosial sejak semalam.

Katanya ketika kementeriannya giat melancarkan kempen menjaga kebersihan sungai, masih ada segelintir orang enggan menjayakannya.

Menurut timbalan presiden PAS itu lagi tindakan golongan terbabit sebenarnya tidak mempedulikan kebersihan sumber air yang ada.

“Saya ingin melahirkan rasa kecewa di atas sikap yang ditunjukkan.

“Dalam usaha kementerian melancarkan kempen menjaga sungai, masih ada segelintir masyarakat yang tidak mempedulikan kebersihan sumber air kita,” katanya dalam hantaran di Facebook malam tadi.

Terdahulu video berdurasi 20 saat itu memaparkan tindakan dua wanita menjengar melalui tingkap sebuah kereta sebelum melemparkan bungkusan sampah ke arah sungai ketika mereka melalui laluan berkenaan.

Kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah jambatan di Kelantan dan individu berkenaan juga menaiki kereta bernombor pendaftaran negeri itu.

Sehubungan Tuan Ibrahim berharap pelaku perbuatan itu dan tampil memohon maaf atas perbuatan buruk tersebut.

“Pelaku seharusnya insaf dan diharap dapat memohon maaf atas sikap buruk yang ditunjukkan itu.

“Terima kasih juga kepada yang membuat rakaman,” katanya yang juga anggota parlimen Kubang Kerian, Kelantan.

No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

BERSAMA BN, UMNO BERKUASA 60 TAHUN, KALAU BERSAMA PH, TIDAK MUSTAHIL MAMPU BERTAHAN 120 TAHUN

  Tulisan ini ditujukan khusus untuk pemimpin, ahli dan orang-orang UMNO di seluruh negara. Ia bukan untuk menghasut atau meracun minda, tet...