Surat sokongan Zahid untuk Istana lantik Anwar jadi PM ‘tulen’, dakwa Annuar Musa

 


SURAT YANG DIDAKWA PALSU SUATU KETIKA DAHULU.



Surat Zahid sokong Anwar palsu, kata jurucakapnya - Minda RakyatSurat Zahid sokong Anwar palsu, kata jurucakapnya - Minda Rakyat



Annuar Musa.

PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Ketereh, Annuar Musa hari ini mendedahkan beliau mempunyai bukti nyata bahawa presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memberikan surat sokongan untuk Yang diPertuan Agong melantik Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri, sekali gus menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional pimpiman Muhyiddin Yassin .

Beliau berkata surat sokongan yang ditandatangani oleh Zahid itu bertarikah 11 Oktpber lalu adalah tulen.

Annuar berkata beliau mendedahkan kesahihan surat itu kepada tidak bersetuju dengan pendirian Zahid mahupun UMNO menyokong Anwar.

“Saya tahu semua sekali dan surat ini saya sudah semak dengan banyak pihak dan surat ini adalah tulen.

“Dalam surat ini antara perkara-perkara yang disebut ialah menjatuhkan kerajaan yang ada sekarang, menukar perdana menteri dan menjanjikan kesetiaan kepada Anwar Ibrahim,” katanya, merujuk kepada surat sokongan untuk Anwar ditandatangani Zahid yang tular sebelum ini.

Anwar berkata,tindakan pimpinan tertinggi Umno meyokong Anwar itu juga antara punca perbezaannya dengan Zahid.

“Ini adalah perkara yang paling utama perbezaan pendapat saya dengan (Zahid). Saya terpaksa berterus terang. Kalau tidak ahli-ahli dibawah tidak faham,” katanya.

Katanya, beliau turut memaklumkan, isu surat tersebut juga tidak dibincang dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional.Ketika ditanya mengapa sebagai SUA BN beliau sendiri tidak membawa perkara itu untuk dibincangkan dalam Majlis Kerja Tertinggi Umno, Annuar berkata beliau bukan ahli MT yang dipilih.

“Saya bukan ahli MT, saya dilantik atas sifat turut hadir, saya bukan ahli Majlis Tertinggi. Saya bertanding timbalan presiden tak menang dan saya tak bertanding Ahli MT,”katanya.

Sebelum ini ibu pejabat Umno menafikan mengeluarkan surat sokongan untuk Anwar menjadi perdana menteri.

Setiausaha Kerja Umno,Sumali Reduan, berkata Pejabat Presiden Umno  tidak pernah mengeluarkan surat berkenaan.

Beliau merujuk kepada surat bertarikh 11 Oktober lalu yang dikatakan ditulis Zahid, kepada Yang di-Pertuan Agong.

Surat itu menyatakan sokongan Ahli Parlimen Umno kepada Anwar sebagai calon perdana menteri kesembilan.


No comments: