Beli nombor ekor, minum arak dalam premis boleh, hadir Parlimen je tak boleh sebab bahaya Covid

 


Beli nombor ekor, minum arak dalam premis boleh, hadir Parlimen je tak boleh sebab bahaya Covid


Bekas perdana menteri Najib Razak, menempelak peraturan sekatan pergerakan Covid-19 kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang disifatkannya “lain daripada yang lain”.

Dalam catatan di Facebook, Najib mengulas penjelasan polis Kuala Lumpur yang alkohol boleh disajikan di premis berlesen.

Sebelum ini, pemilik restoran dan bar di kawasan Telawi yang terkenal di Bangsar mengadu peraturan membingungkan mengenai penjualan alkohol selepas serbuan polis dijalanakan.

Najib berkata, berdasarkan peraturan itu, kerajaan sebenarnya tidak melarang penjualan alkohol dan hanya pub dan kelab malam daripada beroperasi.

“Namun, kebanyakan pub dan kelab malam ada kedua-dua lesen alkohol dan restoran. Ini bermakna premis-premis tersebut dibenarkan beroperasi untuk menjual alkohol.

“Cuma pub dan kelab malam tidak boleh membuka kaunter bar mereka,” katanya.

Najib berkata, hanya pelayan restoran dibenarkan untuk menghidang alkohol kepada pelanggan untuk minum dalam premis.

“’Lockdown’ Covid di Malaysia agak lain daripada yang lain, boleh beli 4D, boleh pergi pasar malam, boleh minum alkohol dalam premis, boleh memancing, boleh gunting rambut, boleh kunjung taman awam, boleh ke ‘beauty salon’, murid-murid boleh hadir ke sekolah, boleh berjudi dalam kasino.

“Tetapi Ahli Parlimen tidak boleh hadir Parlimen sebab bahaya Covid.”

Beberapa sekatan perintah kawalan pergerakan (PKP) dilonggarkan dalam beberapa minggu kebelakangan ini, namun Parlimen masih digantung bawah keadaan darurat.



No comments: