HANS ISAAC AKAN TENGGELAMKAN ZURAIDA DI AMPANG .JENTERA PKR JUGA TELAH BERGERAK DI AMPANG MEMBANTU BELIAU

 


PRU-15: Hans Isaac akan rampas kerusi Ampang daripada Zuraida

PRU-15: Hans Isaac akan rampas kerusi Ampang daripada Zuraida

Penerbit dan pelakon, Datuk Hans Isaac memberi bayangan untuk mencabar Datuk Dr Zuraida Kamaruddin bagi merebut kerusi Parlimen Ampang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Ini susulan dakwaan Hans berjaya menawan kembali lebih 120 ranting PKR dan hampir 2,000 ahli baharu parti itu sejak setahun lalu setelah bergerak aktif di kawasan Parlimen tersebut.

“Saya nak berterima kasih kepada kawasan Ampang ini sebab kami telah berjaya mendapat lebih 120 ranting di Ampang yang membantu kami.

“Manakala ahli baharu yang masuk ke dalam parti (PKR) lebih 1,896 ahli baharu, jadi terima kasih.

“Ada ramai lagi yang datang kepada kami untuk menjadi ahli dan kami akan membantu mereka sebaik mungkin,” katanya ketika ditemui pemberita di Pasar Ampang, pagi ini.

Sebelum ini, Hans menafikan dakwaan nama beliau disebut-sebut sebagai pengganti Zuraida selepas bekas Naib Presiden PKR itu dipecat pada tahun lalu..


No comments: