NORMAN RADZUAN
Keputusan UMNO tetap bersama PN tapi tidak akan bersama PN dalam PRU15 sangat melucukan. Ia seperti dalam peperangan ingin menyerang kubu musuh dimaklumkan kepada musuh lebih awal. Pertama kali saya dengar tektik serangan 'perang' begitu... sekarang bersama tapi nanti kita akn jadi musuh.
Berbeza dengan Anwar Ibrahim yang melakukan serang hendap. Tiba-tiba sahaja cukup majoriti. Tektik peperangan ini juga digunakan oleh Jepun ketika menyerang Pearl Harbor di awal pagi hingga melumpuhkan US Navy Base. Sejarah serangan hendap (sejarah yang tidak pasti ketulenannya ) yang berjaya dan popular, kisah bagaimana tentera Yunani menembusi kota Troy melalui Trojan Horse.
Keputusan UMNO bagus untuk PH. UMNO mesti ingat ketika ini yang
berkuasa PN bukan BN. PN akan gunakan tempoh yang ada diberikan musuh politiknya
untuk melemahkan UMNO. Tak mungkin Muhyiddin dan Azmin mahu biarkan begitu
sahaja.
Mungkinkah Trojan Horse tektik peperangan serang hendap yang
menjadi sejarah dikenang sepanjang zaman kebanggaan bangsa Yunani ini akan
digunakan? Biar mereka PN dan BN bercakaran. PH tak perlu buat banyak kerja.
Mereka akan tuduh menuduh antara satu sama lain..
PH fokus perkuatkan jentera, solidkan perjuangan dari sekarang dan
jauhi anasir-anasir yang merosakkan. Moral dari kejadian... pemimpin-pemimpin PH jika menang
jangan makan rasuah. Jika tidak anda akna diikat oleh musuh politik dengan kes-kes tersebut. Jadilah manusia bermaruah yang tidak boleh diugut dan dijual beli.