
Hari Orang Asal Sedunia yang diraikan hari ini mengingatkan kita bahawa kekuatan sebenar sesebuah negara, khususnya Malaysia, terletak pada kepelbagaian dan warisan yang kita pelihara bersama, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kerajaan MADANI teguh dengan iltizam memastikan suara, hak dan peluang untuk orang asal terus terjamin.
Menerusi hantaran di Facebook sempena Hari Orang Asal Sedunia hari ini, Perdana Menteri berkata ia bagi memastikan komuniti itu kekal menjadi tunjang budaya, penjaga khazanah alam, serta rakan kongsi dalam kemajuan negara.
“Hari Orang Asal Sedunia yang diraikan hari ini mengingatkan kita bahawa kekuatan sebenar sesebuah negara, khususnya Malaysia, terletak pada kepelbagaian dan warisan yang kita pelihara bersama”, katanya.
Hari Orang Asal Sedunia disambut pada 9 Ogos setiap tahun sebagai pengiktirafan terhadap hak, budaya dan sumbangan komuniti orang asal di seluruh dunia.
Malaysia antara negara yang mempunyai komuniti Orang Asal yang menetap di seluruh negara dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) mengurus kebajikan dan isu-isu yang berkaitan dengan masyarakat itu.
No comments:
Post a Comment