BinBasiran | 3 Julai 2021
SIMPANG RENGGAM : Menurut Sekretariat Solidariti Rakyat, antara
tujuan kempen kibarkan bendera hitam seluruh negara adalah untuk,
Menuntut TS Mahiaddin Yassin meletak jawatan
Membuka Parlimen dengan segera
Menamatkan DARURAT
Bagi menzahirkan kekecewaan rakyat terhadap kegagalan Perdana
Menteri TS Mahiaddin Yassin serta barisan kabinet PN, Sekretariat Solidariti
Rakyat Malaysia menyeru seluruh rakyat Malaysia yang bersetuju dengan
ketiga-tiga tuntutan untuk:
1. *Mengibarkan bendera hitam pada 3 Julai 2021 (Sabtu)*,
dihadapan rumah/kedai/jalan atau tempat-tempat lain yang sesuai;
2. Ambil gambar dan hantarkan di media sosial anda secara
serentak pada *jam 3 petang*;
3. Gunakan tanda pagar *#Lawan* pada
setiap hantaran anda.
Tindakan ini adalah sebagai simbolik bagi mendesak agar kesemua
tuntutan dilaksanakan segera.
Sekretariat Solidariti Rakyat bersedia untuk *turun ke
jalanraya* sekiranya tuntutan-tuntutan ini tidak diendahkan.
*Sekretariat Solidariti Rakyat*
-PeneranganPHSR