KEH..KEH...DUA ORANG INI GELABAH PUYUH DALAM UMNO

 

Salah jika MKT setuju tinggalkan kerajaan sebelum bubar Parlimen, kata veteran Umno



Shahidan Kassim (kiri) dan Annuar Musa berkata keputusan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga Parlimen bubar telah diputuskan dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) dan menjadi satu kesalahan sekiranya pihak MKT keluar daripada kerajaan pada waktu diinginkan mereka.

PETALING JAYA: Dua orang pemimpin veteran Umno, memberitahu mana-mana pihak termasuk ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) perlu kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga Parlimen bubar.

Dalam kenyataan berasingan Shahidan Kassim dan Annuar Musa berkata, keputusan tersebut telah diputuskan dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) dan menjadi satu kesalahan sekiranya pihak MKT keluar daripada kerajaan pada waktu diinginkan mereka.

Menurut bekas pengerusi badan perhubungan Umno Perlis, Shahidan berkata meskipun peristiwa perwakilan menyokong supaya MKT menentukan tarikh untuk Umno keluar daripada kerajaan PN ketika PAU, namun ia merupakan ucapan dan bukan keputusannya.

“Walaupun dalam ucapan Perhimpunan ada beberapa peristiwa berlaku dimana perwakilan bangun menyokong termasuklah supaya tarikh menentukan bila nak keluar (kerajaan) dibuat boleh MKT.

“Tetapi itu hanya ucapan dan bukan keputusan. Keputusan parti adalah berdasarkan usul yang dibawa oleh Saarani (Menteri Besar Perak), dan usul yang disahkan naib presiden Umno bahawa tidak ada pindaan daripada usul itu,” katanya dalam kenyataan.

Shahidan yang juga pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC) berkata, jika sekiranya hendak dipinda keputusan PAU, maka hendaklah dipinda oleh PAU, bukan MKT.

Beliau turut mendakwa, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi juga secara terang melanggar keputusan parti termasuklah menulis surat kepada Agong dengan memberi pengisytiharan tidak tepat berhubung pendirian parti, namun tidak diambil tindakan oleh MKT.

“Selain itu, beliau melanggar keputusan parti berdasarkan audio percakapan dengan Anwar, dan juga ketika tandatangan SD untuk suruh sokong Anwar Ibrahim di depan Najib Razak,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Ketereh, Annuar Musa pula berkata, dari sudut peraturan parti, PAU adalah badan pembuat dasar tertinggi di mana setiap keputusan dan usul bertulis diluluskan tidak boleh diubah pihak lebih rendah termasuk MKT.

“Jangan dilanggar usul bertulis yang diluluskan tanpa pindaan..jika di buat juga akan menimbulkan kontroversi yang mengundang Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) campur tangan, bagi perkara yg tidak menyentuh keputusan PAU, bolehlah MKT membuat keputusannya sendiri,” katanya.

Resolusi PAU pada Mac lalu antara lain menuntut supaya Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan apabila tempoh darurat tamat, sama ada selepas 1 Ogos ini atau tarikh sebelumnya, jika darurat ditamatkan lebih awal.

Terdahulu, Umno berkata parti itu dijangka menarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional sebelum 1 Ogos, kata sumber parti, dalam perkembangan terbaharu yang akan menguji keabsahan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri pada sidang Parlimen bulan ini.

Menurut sumber itu, majoriti MKT memberikan persetujuan untuk Umno berbuat demikian dalam perjumpaan secara berperingkat dengan Zahid.

No comments: