SPRM perlu siasat projek Loji Rawatan Air Sungai Limau, Kedah, yang terbengkalai dan terpaksa diambil alih pengurusannya oleh Kerajaan Madani.
(Tonton perkembangan terkini di YouTube Raggie Jessy Rithaudeen)
Siasatan perlu merangkumi, antara lain:
1. Perbelanjaan peruntukan RM900 juta yang Kerajaan Kedah terima daripada kerajaan Pusat (PN pada ketika itu, tahun 2020) untuk bina 4 LRA, termasuk LRA Sungai Limau, di mana Menteri Besar Kedah berjanji masalah air Kedah akan selesai menjelang 2023.
2. Proses penilaian, pertimbangan dan pemberian kontrak kepada Widad Builders Sdn Bhd, bagi:
a. LRA Sungai Limau, bernilai RM89.8 juta (bagi tempoh projek 2 Mei 2021 hingga 28 Oktober 2023), dan
b. LRA Bukit Selambau, bernilai RM129.4 juta.
Siasatan perlu meneliti "track record" Widad semasa kontrak diberikan, termasuk pegangan saham dan hubungkait, jika ada, dengan mana-mana pihak berkepentingan.
3. Kegagalan siap projek ikut jadual yang dijanjikan (sepatutnya siap 2023, tapi tak siap), alasan-alasan yang diberikan, di samping pertimbangan kerajaan negeri dalam memberi EOT (lanjutan masa), termasuk syarat-syarat EOT (janji baru: projek siap tahun 2025).
4.Sebab projek langsung tak bergerak berdasarkan spot check kementerian pada 2024, termasuk dakwaan MB Kedah yang menyalahkan kontraktor, pandemik dan sebagainya.
5. Sebab projek terus terbengkalai pada 2025 dan proses pemberhentian kontraktor lama, termasuk penilian dan pertimbangan terbabit, di samping jumlah dana yang disalurkan kepada kontraktor lama dan maklumat terperinci bagaimana dana tersebut dibelanjakan.
Ini perlu, antara lain, merangkumi sebarang perjanjian yang ada antara kerajaan negeri dan pihak kontraktor, termasuk terma-terma perjanjian, bagaimana jangkaan perbelanjaan projek dan mekanisme pembayaran diolah dan diputuskan, dan kepincangan yang mungkin ada.
Tanpa Prejudis,
RJ Rithaudeen

No comments:
Post a Comment