
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) antara pihak berkuasa yang mengawal perairan Selat Melaka dan tiada mana-mana negara berhak mengenakan ‘tol’ seperti cadangan seorang menteri Indonesia. Foto Markas Pemerintahan Armada Barat TLDM
JAKARTA, 23 Apr – Ekoran kebodohan dan kegelogojohan seorang menteri, seorang lagi menteri terpaksa melakukan ‘pusingan-u’ kerana sedar mereka tidak boleh melakukan tindakan termasuk mengenakan ‘tol’ di Selat Melaka sesuka hati.
Ia setelah Menteri Luar Indonesia, Sugiono menegaskan republik itu tidak akan mengenakan sebarang tarif terhadap kapal yang melalui Selat Melaka memandangkan langkah sedemikian tidak selaras dengan Konvensyen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCLOS).
Sambil menegaskan bahawa Indonesia menghormati undang-undang antarabangsa, khususnya UNCLOS, dengan menyatakan bahawa konvensyen itu mengiktiraf Indonesia sebagai negara kepulauan dan tidak membenarkan pengenaan tarif di selat dalam wilayahnya.

“Kami juga mengharapkan laluan laut yang terbuka, dan saya percaya ini adalah komitmen bersama dalam kalangan banyak negara untuk mewujudkan laluan perkapalan yang bebas, berkecuali, dan saling menyokong.
“Jadi, jawapannya tidak. Indonesia tidak berada dalam kedudukan untuk berbuat demikian (mengenakan tarif di Selat Melaka),” katanya menurut Agensi Berita Antara pada Khamis.
Sebelum ini, Menteri Kewangan republik kononha itu, Purbaya Sadewa telah membangkitkan kemungkinan untuk mengenakan tarif terhadap kapal yang melalui selat itu, dengan mengambil ‘keuntungan mudah’ mengenakan caj sedemikian demi kepentingan republik itu.
Sementara itu, Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pada Rabu tiada keputusan unilateral boleh dibuat membabitkan Selat Melaka, sambil menekankan pendekatan berasaskan konsensus ASEAN dalam mengekalkan keselamatan maritim di laluan penting itu.
Menteri Luar Singapura Vivian Balakrishnan pada hari yang sama turut menyatakan bahawa negara-negara di sepanjang Selat Melaka mempunyai kepentingan strategik untuk memastikan laluan air itu sentiasa terbuka. Beliau menegaskan Singapura tidak akan mengambil bahagian dalam sebarang usaha untuk menutup, memintas, atau mengenakan duti di perairan sekitar wilayah itu.

No comments:
Post a Comment