JUDI KEMBALI HALAL". SLOGAN POLITIK ATAU KEKELIRUAN HUKUM ?








Keputusan Mahkamah Persekutuan bukan keputusan yang menghalalkan judi, tetapi keputusan berkaitan had dan bidang kuasa kerajaan negeri terhadap operasi premis perjudian berlesen. 


Dari sudut hukum Islam, judi tetap haram dan ketetapan tersebut tidak berubah. Orang Islam yang berjudi masih tertakluk kepada penguatkuasaan undang-undang Syariah yang berkuat kuasa.


Oleh itu, ungkapan “judi kembali halal di Kedah” adalah gambaran yang mengelirukan kerana mencampurkan antara hukum syarak, undang-undang dan bidang kuasa pemerintahan. 


Dalam membincangkan isu agama, rakyat sepatutnya diberikan penjelasan yang berasaskan ilmu dan kerangka Perlembagaan, bukan dipengaruhi oleh slogan politik yang membangkitkan ketakutan seolah-olah hukum Allah telah berubah.


Kesimpulan


1. Mengelirukan hukum Islam, seolah-olah hukum judi berubah kerana keputusan mahkamah. Hakikatnya, judi tetap haram.


2. Mencampuradukkan hukum dan undang-undang. Keputusan mahkamah berkaitan bidang kuasa, bukan menentukan halal atau haram.


3. Memburukkan persepsi terhadap mahkamah, Seolah-olah mahkamah menentang Islam atau “menghalalkan judi”.


4. Mengapi-apikan sentimen agama. Frasa “judi kembali halal” mudah menimbulkan ketakutan dan kemarahan tanpa memahami isu sebenar.


5. Menjadikan isu perundangan sebagai modal politik. Isu bidang kuasa diubah menjadi naratif “siapa membela Islam dan siapa menghalalkan judi”.


6. Melemahkan budaya ilmu. Masyarakat perlu diajar membezakan hukum syarak, undang-undang, bidang kuasa dan keputusan mahkamah, bukan diberikan slogan yang mengelirukan.


IBNU ALI





No comments: